BAB 5

Drama Completed 6271

"Halo semua,nama saya Ahmad Rozaimi bin Rosli."Perkenalan singkat itu mengejutkanku

===============================

"Ahmad Rozaimi??Kemanakah perginya Alif?" Aku keliru."Ternyata betul,Alif sudah tiada.." Aku redha..

"Fatin!!,Fatin Syafiqah!!" Lamunan ku terhenti.Semua memandangku.Aku tak fokus!!.

"Kamu fikir apa..cepat kenalkan diri!!" Tegas suara boss ku memberi arahan.Ahmad tersenyum.

"Ma..maaf!,Nama saya Fatin Syafiqah binti Azha.Saya akan bertugas sebagai PA Encik Ahmad nanti.." Fatin bicara gugup.

"Oh..dia PA aku nanti.." Monolog Ahmad berkata.

"Lain kali fokus!!,Nanti dia jadi Boss kamu!!" Boss memarahiku.

"Takpe tuan,saya tak kesah..mungkin ada benda penting yang dia fikir.." Back up dari Ahmad diterima boss.

Selepas itu mesyuarat berlangsung seperti biasa.Aku mulai fokuskan diri.

Di akhir mesyuarat..

"Fatin!,nanti tunjukkan bilik boss kamu." Aku mengangguk.

"Encik,ni bilik encik.Kalau nak apa apa panggil saya.Bilik saya ada kat situ sahaja.." Aku menunjukkan bilikku.

"Ok..kalau boleh tak payah nak berencik encik.Umur kita pun sama kan.Saya tengok maklumat awak tadi."

Ahmad memang bukan Alif.Itu sudah aku pastikan.Sikapnya sangat berbeza.Alif yang pendiam berubah jadi banyak bercakap.Mustahil!!.

"Baik,saya panggil encik..Ahmad!" "Ok..kalau saya panggil Fiqah boleh?" Aku terdiam.Air mata seakan hendak keluar.

Itu nama panggilan yang diberikan Alif dulu.Aku menangis.Memang aku tak mampu menahan tangis."Alif..!"

"Eh..Fiqah kenapa ni,tak boleh ke?Siapa Alif??" Ahmad seakan risau."Eh..takpe boleh boleh." Aku mengesat air mata."Baik Ahmad saya keluar dulu.." "Ok.."

"Kenapa dengan dia.Siapa Alif?Lain kali jangan bawak masuk hal peribadi dengan kerja." Aku hanya berkata dalam hati.

Aku bangun melihat Fatin menuju ke biliknya.Sepotong kertas terjatuh dari handbag dia.Aku bergegas ke kertas itu.Ternyata itu adalah sebuah gambar.

Terkejut!!.Itulah perasaan ku ketika melihat gambar itu.Fatin perasan aku sedang melihat gambar itu.Dengan pantas ia berjalan ke arahku dan mengambil gambar itu.

"Maaf Alif..eh..Ahmad,saya pergi dulu." Fatin terus bergegas keluar.Bagiku itu sungguh kurang ajar.Tanpa menerima arahan terus gerak keluar.

Tapi ada yang lebih merunsingkan fikiranku ketika itu.Itu ialah foto yang ku lihat tadi.

=============================

Aku bergegas ke bilikku.Bayangan Alif terpancar ketika aku berbicara dengan Ahmad.Aku memohon agar Allah jangan mengingatkanku dengan dia lagi.Aku ingin hidup seperti biasa.

Tanpa rasa bersalah dalam hidup.Mungkin ada sedikit tapi janganlah memesongkan fikiran untuk terus mengingat Alif.Bagiku yang berlalu biarlah berlalu.Walaupun Alif sudah tiada sekalipun.

Aku berniat untuk tidak membawa lagi foto Alif kemana pun aku pergi lagi.Walaupun aku tahu mungkin foto itu memberikan semangat untukku.Tapi aku percaya hanya tuhanlah yang dapat memberikan semangat.

Aku terus mencari.Kini sudah hampir semua barangku sudah dikeluarkan.Tapi foto itu tiada.Aku melihat sekeliling,mana tahu ada jatuh kat mana mana ke.

Barulah aku perasan Ahmad sedang memegang dan memerhati penuh hairan foto itu.Aku bergegas ke arahnya.

=============================

Foto yang kulihat tadi adalah foto seperti aku bergambar dengan Fatin.Sejak bila aku berkawan dengan Fatin?.Baju yang dipakai adalah baju Sekolah Menengah.

"Aku pernah berkawan dengan Fatin??Sampai rapat macam tu.." Aku mengingat kembali gambar itu.Aku perasan bukan aku berdua sahaja yang bergambar.Tapi ada seorang lagi.

Seorang lelaki yang kelihatan seiras denganku.Tapi wajahnya berbeza sedikit.Aku terdiam sejenak.

Aku teringat kata terakhir ibuku sebelum menghembuskan nafas terakhir."Baliklah Malaysia..Carilah ayah kamu..Maafkan ibu.."

Aku sebenarnya masih tidak mengerti.Ibuku kata ayah sudah meninggal.Aku tidak dapat mengingat keadaanku dulu.

Yang aku ingat aku terjaga dari katil hospital.Dan ibulah yang mengingatkan jati diriku yang sebenar.Aku sungguh berterimakasih kepada ibu.

Dia mengatakan aku sudah tinggal di Amerika sejak lahir.Tapi ketika akhir hayatnya,ia menyuruh aku kembali ke Malaysia.Apa yang benar sebenarnya?Aku asal Malaysia atau Amerika!!?

Aku mengetepikan peristiwa itu seketika.
Sekarang yang aku nak tahu hubungan apa aku dengan Fatin atau Siapa orang yang wajahnya seiras denganku itu..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience