BAB 9

Drama Completed 6271

"Ok,sekarang sebabkan kau dah yakin kau ni Alif,aku tak payah susah susah nak terangkan lebih lagi." Alfi menyambung.

"Hari ni aku nak bagitahu perangai kau yang dulu.Kau punya sifat.Pelik,menjengkelkan, sombong dan lain tu. " Alfi mengeraskan sedikit suaranya.

Ahmad tersentak."Macamtu ke perangai aku yang dulu."

Aku berfikir "Takkanlah dia ni nak luahkan semua sakit hati dia ni kat Ahmad." Aku percaya Hani juga berfikiran sedemikian.

Pada masa itulah terjawab sebilangan persoalan yang bermain di minda Ahmad.Sikapnya dan juga kisah hidup dia dulu.

"Kau ni dulu couple dengan Fatin."

"Dulu kau tak puas hati dengan aku,tak kenapa ntah?"

"Dulu kau ada bagi kod kat aku."

"Kitorang pertama kali sembang dengan kau masa tengah makan waktu rehat."

"Kau murid baru masa kitorang FORM 5."

=============================

Aku berbaring di katil bilikku.Lelah!,itulah yang ku rasakan sekarang.Setelah apa yang aku alami petang tadi,aku penat.

"Akhirnya aku dapat tahu tentang aku yang" dulu.Alif itu aku." Begitulah yang ada di fikiranku setelah mendengar penjelasan Alfi.

"Alif Ridzuan bin Abdullah itu nama kau yang dulu" Alfi menerangkan.

"Ahmad Rozaimi bin Rosli itu nama kau yang sekarang.Macamana nama ayah kau pun boleh berubah?"

Aku terkedu saat ditanya soalan itu tadi.Sampai sekarang pun aku masih mencari jawapan kepada soalan itu.

"Apa yang menyebabkan mak aku menukar nama aku?." Satu persoalan yang paling terpenting kali ini adalah

"Kenapa mak aku suruh balik Malaysia jumpa ayah aku?Kan ayah aku dah meninggal?"

Dan malam itu aku terus memikirkan tentang kejanggalan hidup aku ini.

"Arwah mak aku adalah orang yang amat aku segani tapi kenapa mak tak cerita masa lalu aku yang tak masuk akal ni?"

Aku memandang sebuah kotak.Aku terus memandanginya.Kotak itu mempunyai......

============================

"Apa yang Alfi cerita tadi tak melampau ke?" Aku berfikir sendirian dibilikku.Aku memandang wajah Ahmad apabila dibongkarkan kisahnya dulu.

Memang pelik.Alfi pun satu.Takkanlah sebab apa Alif buat kat dia dulu Alfi masih pendam.Tapi ia bersyukur Ahmad sudah mengetahui kisahnya yang dulu.

"Semoga esok semua dah baik semula."

Esoknya..

"Fatin!,cepat mesyuarat dah nak mula ni!" Suhaila menjerit memanggil Fatin yang lemah longlai berjalan ke mejanya.

"Iyalah,iya aku datanglah ni!" Fatin menjawab seraya memegang bahu Suhaila.Mereka segera bergegas ke bilik mesyuarat.

"Ahmad,kau dah ok rupanya.." Ahmad yang sedang membentang didepan ditenung Fatin.Fatin bersyukur Ahmad sudah kembali baik.

Ahmad kali ini merubah imejnya dengan memakai kacamata.Jelas lebih tampan berbanding sebelumnya.

=============================
~Fatin~

Malam pun menjelma.Aku sudah pulang dari tempat kerjaku.Tapi kali ini Aku tidak pulang ke rumah.Aku bergegas ke sebuah rumah.

Disana aku disambut oleh Hani dan Alfi.Hari ini merupakan hari lahir ayah Alfi.Memang setiap tahun kami akan menyambutnya selepas waktu Isyak.

"Happy Birthday To You!!,
Happy Birthday To You!!,
Happy Birthday To Pakcik Aziz!!
(Ayah Alfi)
Happy Birthday To You!!."
Malam ini sangat meriah.Ayah Alfi menangis.Majlis tukaran hadiah.Memang meriahlah.Semua bergembira.Kami pun bermain game "Truth Or Dare".

Yang bestnya hampir kesemua cabutan terkena kepada ayah Alfi.Ayah Alfi pun selalu memilih Truth.

Apa yang ada di fikirannya pun tak tahu.Mesti dia ingat kitorang buat kerja gila suruh dia menari kat luar rumah ke.Itu rasanya penyebab dia memilih Truth.

"Ayah dulu ada makwe sebelum dapat ibu tak? "

"Ayah ke mama yang pikat dulu?"

Dan beberapa soalan lain.Kami bergelak tawa sepanjang malam sebelum berhenti pada pukul 11 malam.

Walaupun pada masa itu aku tak begitu tenang.Aku seperti merasakan ada seseorang sedang mengintip.Aku biarkan saja supaya majlis tidak terganggu.

=============================
~Ahmad a.k.a Alif~

Sesudahnya aku lihat Fatin berjalan pulang menaiki keretanya yang baru dibeli beberapa minggu lepas,aku perlahan lahan masuk ke kereta ku.

Aku hanya mengikuti keretanya dari belakang.Sebenarnya bukan mengikuti lebih tepatnya hendak ke tempat yang sama.

Tak lama kemudian,kami sampai ke tempat tujuan.Aku memarkirkan kereta agak jauh berbanding tempat Fatin.

Sepanjang masa aku hanya mengikuti majlis tersebut disebalik pintu.Aku bukannya tetamu yang diundang.Tak patut pun aku ada disana.

"Happy Birthday To You!!,
Happy Birthday To You!!,
Happy Birthday To Pakcik Aziz!!
(Ayah Alif)
Happy Birthday To You!!."

"Saya tahu hari lahir ayah..Walaupun ayah mungkin tak tahu saya.." Aku mencari tahu tentang ayah Alfi ni sesudah mengetahui kisah hidupku.

Lebih lebih lagi setelah aku menjumpai sebuah gambar tersorok dibeg lamaku.

"Aku dah nak selesai dah misteri ni.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience