BAB 13 (END)

Drama Completed 6271

Semua yang berada disitu terpaku.Tidak percaya dengan kenyataan yang diberikan.Aku dapat lihat wajah kesedihan dimuka ayah.

"Ayah..,takpe dah jangan nangis.Kitorang tak
salahkan ayah pun." Aku dan Alfi memujuk.Cepat saja kami bertingkah seperti adik beradik.

"Maafkan ayah..ayah tak sangka ibu dah takde.Tak sempat Ayah nak minta maaf.." Ayah terus merintih mengenangkan ibu yang telah tiada.

Ayah katakan dia mengetahui ibu telah tiada oleh kawan kawanku semasa aku pengsan tadi.Aku pun tak tahu dari mana mereka mendapat info itu.

"Ayah,Alif yakin ibu dah tak marahkan ayah.Ibu lah yang suruh Alif cari ayah balik.Ibu dah tak marah..."

Agak janggal aku menggunakan ganti nama Alif.Tapi aku cuba membiasakan kebiasaan ini.Aku cuba membuat perkara yang benar.

Kami pun berbicara banyak perkara sehingga malam.Hani dan Fatin pun ada sekali.Mereka sanggup mendengarkan semua ini.

Bagi mereka mungkin ini dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara kami.Kami pun seketika bersolat Maghrib berjemaah.

Kami menyambung selepas menunaikan solat itu.Aku dan Alfi akhirnya dapat berkawan baik.Aku dan dia cuba untuk merapatkan tali keluarga yang terlepas.

"Wow..banyak perkara aku tak tahu rupanya." Fatin dan Hani bercakap perlahan.Namun kedua dua dapat mendengar apa yang hendak dikata.

=============================

Kami benar benar tak sangka.Ternyata pertemuan dengan Alif membawa kepada banyak perubahan.

Siapa sangka Alif yang merupakan pelajar baru dan tidak ada kena mengena dengan kami pada awalnya,mempunyai hubungan darah dengan Alfi.

Semua ni memang sudah ditakdirkan tuhan.Semua perkara ada hikmahnya.Pertemuan dengan Alif merupakan satu contoh.

Aku sebenarnya akhir akhir ini asyik memikirkan Ahmad.Tidak aku asyik memikirkan Alif.

Mula mula aku sangka aku hanya risau kepadanya,namun aku sedari aku sudah jatuh hati padanya.

Keramahannya,keikhlasannya dan ketampanannya semuanya menjadi faktor aku mencintainya.

Kami pulang sewaktu malam menjelma.Aku dapat lihat kemesraan Alif dan Alfi yang baru sah sebagai adik beradik.

Aku teringat 3 bulan yang lalu...

"Mana pasangan kita ni??" Kecoh tempat itu dengan suara orang yang hadir memeriahkan majlis perkahwinan Alfi dan Hani.

Waktu itu aku sedang menghias Hani dengan inai dan Hani terlihat sangat menawan.Sesiapa yang melihat pasti tertawan.Tapi hari ini dia bakal menjadi isteri kepada Alfi.

"Hani..!,cepatlah turun.Calon suami dah ada kat bawah dah tu!" Laung mak Hani dari luar muka pintu.

Aku dan Hani terkejut.Tiba tiba kami ketawa sendiri.Tak sangka yang Hani bakal menjadi isteri kepada Alfi.

Selepas puas Alfi menyakat Hani sewaktu zaman sekolah,sekarang Hani bakal menjadi miliknya.Teringat kisah dulu,kami gembira seketika.

"Jap mak!,Hani keluar lepas ni!!" Aku mengiring Hani berjumpa calon suaminya sebelum mereka sama sama turun ke bawah.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Hani Mastura binti Rahmad dengan mas kahwin sebanyak..."

Tok kadi dengan semangat menikahkan Alfi dan Hani.

"Aku terima nikahnya Nur Hani Mastura binti Rahmad dengan mas kahwin sebanyak....."

Dengan sekali lafaz,akhirnya Hani sah sebagai isteri kepada Alfi.Tak dinafikan kami semua sangat gembira.

Waktu aku lihat kemesraan Alfi dan Hani,aku turut rasa teruja.Aku seakan ingin menikah waktu itu juga.

Namun aku berfikir dengan siapa?.Dalam fikiran hanya ada Alif seorang.Walaupun dia bukan seperti yang dulu aku tetap mencintainya.

Aku mengucapkan tahniah kepada pasangan sejoli Hani dan Alfi sejurus mereka berada di depanku.

Aku mendoakan mereka kekal hingga ke jannah dan mereka hanya mengatakan Amin.Aku berharap aku akan kekal sebagai sahabat mereka selamanya.

Kalau Alfi dan Alif sah sebagai adik beradik,Alfi dan Hani sah sebagai pasangan suami isteri.

==============================

Aku gembira aku dapat berkawan rapat dengan Alfi.Alfi tidak lagi dingin kepadaku.Aku gembira aku dapat mengetahui banyak misteri.

Aku faham mengapa namaku ditukar.Aku tahu mesti ibu tidak mahu aku mudah dicari dan menipu nama ayahku agar aku tidak dapat mencari ayah.

Tapi aku bersyukur,betullah apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.Hikmahnya aku dapat dipertemukan dengan ayahku semula.

Aku memandu kereta melepasi kawasan rumah.Kereta aku dibawa ayah semasa menghantar aku kerumahnya.

Mataku sedikit sakit.Aku memandang kotak yang selalu aku bawa kemanapun.Itu adalah ubat untuk mata.

Dia bukan menitiskan kemata tapi ia harus ditelan.Akhir akhir ini aku sedar penglihatanku semakin buruk.

Aku juga sedar selepas ingatan ku sedikit demi sedikit terbongkar melalui mimpi,mataku semakin rabun.

Aku hanya risau jika aku akan menjadi buta suatu hari nanti.Aku memakai cermin mata pun kerana mataku yang sukar melihat.

Aku kini berada di "Traffic Light".Malam ini penuh kereta dengan orang yang pulang kerja.Aku sekarang tak dapat melihat jelas.

"Allah,kenapa ni?" Mata aku semakin pedih.Aku ingin bergegas pulang dan merehatkan diri.

Malam ini kereta sangat penuh.Lalu lintas menjadi sesak.Membuatku semakin lambat untuk tiba.

"Sekejap je lagi,sabar dulu.Yang penting selamat.."

Sekitar beberapa kilometer sahaja lagi.Aku dapat lihat diseberang kereta sudah berkurang.Aku menunggu masa.

Lampu bertukar hijau.Aku memulakan perjalanan.Namun segalanya tidak seperti yang dirancang.

Tidak ku sangka ada sebuah lori yang masih bergerak.Keretaku tidak sempat hendak brek.
DAN....

"BAM!!"


-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience