EPILOG

Drama Completed 6271

Tanggal 2 November...

Itulah tarikh yang tidak akan aku lupa sampai bila bila.Tarikh kali pertama aku menjadi buta.Tarikh 2 hari yang lalu.

Aku ingat lagi waktu itu aku dilanggar lori selepas aku pulang dari rumah ayahku.Kali itu juga hari dimana aku berniat melamar Fatin

Tapi itu semua hanya sia sia belaka Aku telah cacat.Aku seorang OKU.OKU akan selalu dipandang rendah masyarakat.

Aku mahukan hidup yang mampu bahagiakan orang.Tapi sekarang aku tidak dapat berbuat demikian.

Aku masih sayang Fatin.Walaupun aku tahu Fatin tak akan menyukaiku.Fatin pasti tidak sanggup menjaga orang yang buta.

Aku tetap bertekad melamar Fatin.Aku sudah mulai mencintainya.Terima atau tidak aku tolak tepi.

"Alif..,ayah dengan diorang datang melawat kamu." Suara ayah menghentikan lamunanku.

Ayahlah orang pertama yang datang ke hospital
sejurus mengetahui kemalanganku.Aku sangat menyayangi ayah.

"Alif,makan dulu ni..aah.." Alfi menyuapkan nasi ke aku.Aku tidak malu.Buat apa malu dia adikku sendiri.

Aku berniat hendak meluahkan hati kepada Fatin sekarang.Tapi aku malu takut direject ditengah orang ramai ni.

Aku meminta izin semua supaya aku dapat bercakap dengan Fatin.Mereka semua membenarkan.

==============================

"Fiqah,saya nak cakap ni.." Alif memulakan bicara.Aku tidak tahu apa yang hendak dikatakannya.

"Saya tahu saya buta sekarang tapi saya dah jatuh hati pada awak..Fiqah" Luahan perasaan itu mengejutkanku.

"Dia nak lamar aku ke ni?" Monologku berkata sendiri.

"Boleh saya jadi pendamping hidup awak hingga ke jannah?"

Aku seakan mahu gugur jantung apabila mendengar itu.Aku terdiam.Aku memang mencintainya tak kira buta atau tak,tak kira ini dia yang dulu atau tak.

"Alif,jujur saya katakan..saya terima awak menjadi pendamping saya.Terima kasih lamar saya.."

Walaupun dia sudah tidak boleh melihat lagi,aku berjanji akan tetap menjaga dia.Ada alasan lain aku menerima dia.

Kami pernah berjanji kalau Alif melamar aku aku mesti menerimanya.Walaupun aku tak tahu adakah Alif masih mengingatnya lagi atau tidak,aku tak kesah.

"Saya cinta awak selamanya..." Ucapan dari Alif menamatkan belenggu perasaan yang telah lama dipendam.

Aku berharap aku akan tetap menjaga dia sehingga maut memisahkan.

Amin.....


-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience