BAB 3

Drama Completed 6271

Fatin terus terlena dengan memorinya...

Hubungan antara kami makin baik.Walau Alif masih belum sepenuhnya rapat dengan Alfi.Alfi pada suatu ketika sakit hati apabila terasa diri dia bersalah.

Suatu hari Alfi mengajak Alif kebelakang bilik muzik.Pada masa itulah Alfi meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya.

"Sekarang aku nak tahu.Kenapa kau layan tak layan je aku.Aku ada salah kat kau ke?.Yang lain ok je kau layan." Dia menyambung

"Masa cakap dengan aku terus kau macam tak nak cakap.Cakap aku ada salah dengan kau ke?" Akhirnya luahannya dapat diucapkan.

Alif hanya memandangnya tanpa ekspresi ketakutan.Dia berkata

"Kita ni ada hubungan yang sangat rapat.Aku cuma nak kenal dulu dengan perangai kau" Jawab Alif sebelum beredar meninggalkan Alfi yang berdiri tegak disitu.

"Hubungan..Perangai..Rapat??" Alfi sudah dalam tahap pelik bin hairan. "Woi hubungan apa.!!??" Malangnya Alif sudah tidak di situ.


==============================

"Ibu,siapa sebenarnya ayah Alif?" Alif yang memang membahaskan diri dengan namanya bertanya.

"AYAH KAU DAH MENINGGAL,BERAPA KALI AKU NAK CAKAP!!" Kekerasan suara maknya membuatkan Alif terdiam.

"Alif sekarang patut tahu siapa sebenarnya ayah.Alif nak tahu nama dia.Takkan nama ayah Alif nama Abdullah.Lainlah kalau ibu..." Alif tidak sempat menghabiskan katanya.

"PAKK!!." satu tamparan panas hinggap di pipinya.Ibunya sudah merah mata.Alif memberontak.Dia terus menuju kebiliknya.

Dari kecil hubungan mereka tidak baik.Ada acara apa apa kat sekolah mesti ibunya tidak hadir.Mereka juga sering pindah pindah.Ibunya pun baru balik hari ni.

Di bilik..

Alif memegang pipinya yang merah.Memang jelas kalau tidak ditutup dengan sesuatu.Dia bercadang akan menutupnya dengan alat First Aid.

Baru sahaja dia merasa gembira dia akhirnya mendapat kawan tapi kini dia kembali bersedih dengan sikap ibunya.Sebenarnya dia telah menjumpai ayahnya selepas ternampak salah satu foto ibunya dan seorang lelaki berpegangan tangan.

"Aku yakin itu ayah aku."

Esoknya...

"Alif,apa dah jadi ni?" Tanya Fatin yang terkejut melihat penampilan Alif."Tak ada apa apa pun,aku cuma jatuh tangga.." Alif berbohong.

"Itulah lain kali hati hati.."Alfi menyampuk."Hahaha," Alif berpura pura ketawa.

==============================

"Haihh,bilalah Alif nak hormat aku.Dulu ok sikit sekarang makin lama makin teruk.Sebijik macam kau!!" Ibu Alif kini memegang sebuah foto dan sebelah tangan lagi memegang Lighter.Dia membakar kertas itu.Serupa hatinya yang sedang terbakar hari itu.

Foto Ibu Alif dengan seorang lelaki sedikit demi sedikit menjadi abu.Foto yang mengundang seribu tanda tanya bagi Alif.Foto yang tersimpan suatu rahsia.

==============================

"Aku suka kau..aku tak nak kau suka orang lain.Kau suka aku tak?" Alif meluahkan perasaannya ke Fatin.

Fatin terkedu.Bingung dengan perasaan sendiri.

"Ya..aku pun suka kau" Fatin membuat keputusan.

Mereka akhirnya saling meluahkan perasaan yang telah lama dipendam.Mereka berjanji sesuatu.Kalau suatu hari nanti Alif akan melamar Fatin dan Fatin mesti menerimanya.

Semudah itu mereka membuat janji.Mereka tak tahu apa akan jadi di masa depan.

============================

Ibu Alif bertekad membawa Alif keluar negara supaya merapatkan hubungan mereka.Ibunya memasukkan sejenis ubat tidur di minuman Alif.

Ibunya tidak tahu hari ni hari pertama Alif akan Date dengan Fatin.Alif terjaga.Terkejut melihat sekeliling.

"Ibu!!" mulalah adu mulut antara kedua beranak itu.Alif mengaku kalah.Tidak mahu menyakiti ibunya.

Dalam masa sama merasa bersalah pada Fatin.Dia melirik jam.Sudah 30 menit dari waktu yang ditetapkan.Dia mulai gelisah.

"Maaf mak!!." Tanpa ragu Alif terus keluar dari kereta sedangkan ibunya dalam kebingungan.Pak Driver di di depan pun sudah tidak tahu apa yang patut dibuat.

===============================

Aku terus berlari.Sudah 1 jam aku terlambat.Apakah Fatin masih menunggu atau tidak aku tidak kesah.Yang penting aku tiba di sana.

Aku terus berlari.Malam ini kereta sangat penuh.Lalu lintas menjadi sesak.Membuatku semakin lambat untuk tiba.

"Sekejap je lagi,aku kena cepat"

Sekitar 1 KM.Jika ada basikal atau motosikal mungkin aku boleh tiba dengan cepat.

Lampu bertukar merah.Aku meneruskan larian.Tidak ku sangka ada sebuah lori yang masih bergerak

"BAM!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience