Bab 8

Romance Series 38143

8

Tiga bulan kemudian…

Menggeletar seluruh tubuh Fatimah dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Hatinya sudah menduga sesuatu yang tidak diingini akan berlaku setelah Razif menghubunginya tiga bulan yang lalu memberitahu dia akan membawa balik seorang gadis untuk diperkenalkan kepada emaknya.

Gadis yang bakal dikahwininya itu bernama Rania Alyssa!

Sangkanya, mungkin ramai yang mempunyai nama itu dalam dunia ini. Namun, kini dia sedar, ini Rania Alyssa. Satu nama yang amat keramat baginya.

Satu nama yang amat dirinduinya setelah sekian lama! Kalung yang tersarung di leher jinjang gadis itu, “FDK love 4ever”, kenangannya bersama Kamal.

Ditambah dengan tanda kelahiran yang terdapat pada belakangnya membuktikan segala-galanya.

Fatimah yakin, gadis itu adalah anak kandungnya!

Semua itu dilihat secara tidak sengaja ketika Fatimah masuk ke bilik Rania untuk menghulurkan kain batik untuknya,”kenapa mak cik?” Rania hairan apabila Fatimah merenungnya.

”ergghhh…tak ada apa-apa nak. Nah, ini kainnya. Razif balik nanti, kita makan sama-sama ya”.

Fatimah keliru, selama ini, dia tidak pernah menceritakan apa-apa tentang Rania kepada Razif. Dia tak mahu membuka kisah lama.
Kini semuanya sudah terlambat. Razif anaknya, kebahagiaan Razif, kebahagiaan dia juga. Dia tak sanggup mengecewakan hidup Razif. Rania adalah segala-galanya bagi anak terunanya itu. apakah Razif boleh menerima kenyataan nanti?

Bagaimana dia akan meneruskan kehidupan tanpa Rania? Mereka sudah lama menjalinkan hubungan. Dan, bagaimana dengan Rania?

Apa tanggapannya nanti? Apakah dia boleh menerima hakikat bahawa aku ini ibunya? Ya Allah, tabahkanlah hatiku berhadapan dengan ujianmu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience