Bab 2

Romance Series 38143

BAB 2

“Tapi kenapa anak kita yang abang janjikan bang….apa, dah tak ada benda lain yang abang janjikan? Imah sayangkan anak kita. Imah tak sanggup berpisah dengan dia bang…”. suara serak basah Fatimah telah mengembalikan Kamal ke alam nyata.

Dia sedar, dia bakal melakukan sesuatu yang akan merubah seluruh kehidupannya. Bagaimana rumah tangganya nanti? Apa tanggapan keluarganya nanti?

Joseph adalah sahabatnya. Tanpa Joseph, dia tak mungkin mengecap kehidupan yang mewah seperti sekarang. Terlalu banyak budi Joseph terhadap dia sekeluarga.

Tak terbalas rasanya. Fatimah pula isteri yang amat dicintai. Dia betul-betul buntu. Tapi, perlukan dia mengorbankan anaknya semata-mata ingin membalas budi Joseph? Apa dia tak punya perasaankah?

Apa sudah tak punya cara lain untuk dia membalas budi? Dia bingung. Akhirnya dia mengeluh untuk kesekian kalinya..”Bukan kepentingan anak kita yang abang fikirkan, tapi budi yang pernah Joseph taburkan pada abang dulu! begitu sekali nilai harga anak kita pada mata abang!

Saya tak sanggup berpisah dengan anak saya bang..”. setiap kata-kata yang keluar dari mulut Fatimah begitu menyakitkan.

Terasa bagai disiat-siat. Rumah tangga yang dahulunya umpama syurga dunia kini bagaikan neraka bagi mereka berdua. “Imah kena faham keadaan kita Mah..abang tak sampai hati kecewakan Joseph. Dia kawan baik abang. Lagipun budi dia terlalu besar pada abang. Kita hidup mewah sekarang kerana budi yang ditaburkan.

Abang pun sedih sayang…tapi apa pilihan yang abang ada. Abang yakin, mereka dapat bagi kasih sayang seperti yang kita harapkan pada anak kita nanti”.

Fatimah sudah tidak terkata. Apa dayanya? Ya Allah…begitu hebat ujianmu..inikah lelaki yang selama ini aku dambakan? Kenapa dia lebih memikirkan perasaan orang lain tanpa sedikit pun tidak memikirkan perasaan aku…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience