Bab 5

Romance Series 38143

5.

Pop! Bahu aku ditepuk.

Dengan sendirinya kenangan dua tahun yang lalu lenyap seperti buih-buih sabun pecah berderai.

Wajah ayu Rania hilang tiba-tiba. “apa dah jadi dengan kau? Berangan je dari tadi? Aku panggil sampai nak terkeluar anak tekak pun kau buat tak tahu je!”. Alamak! Aku berkhayal rupanya!

Aku langsung tak sedar teman sebilikku, Yusof memanggil namaku. “errrggghhh….tak ada apa-apa..aku tengah pening fikir pasal tugasan yang nak kena hantar ni. Satu benda pun tak siap lagi”. “Hahahahaha…macam la aku tak kenal kau.

Ni mesti duk fikirkan Nia kan? Kau jangan bagitau aku yang kau dah tak sabar nak kahwin sudah la…”. tempelaknya.

“Woi! Mana ada, aku tak pernah pun terfikir nak kahwin dalam masa terdekat ni tau…” Aku cuba mengawal gelodak perasaanku.

“betul ke?” yusof menduga. Alamak dia ni! Muka aku nampak macam penipu ke???”ye….betul la…aku tak fikir pasal dia pun!”

Semenjak merantau ke bumi inggeris ini, aku dan Yusof adalah teman rapat. Tidak pernah ada perselisihan faham antara kami. Apa-apa cerita kami akan kongi bersama. Aku?

Aku adalah pelajar Malaysia yang menuntut di bumi inggeris ini. Harvard University! Kampus yang pernah menjadi impianku suatu ketika dahulu.

Kini aku berada di tahun terakhir dalam jurusan kejuruteraan kimia. Selama di sini, aku tidak pernah pulang ke tanah airku.

Emak, kebanggaanmu pada diriku adalah kejayaan yang paling besar buat diriku. Akanku pulang membawa satu kejayaan yang selama ini engkau harapkan. Perempuan? Jujur aku perkatakan…perempuan tidak ada dalam kamus hidup ini. Bukan aku tak sukakan perempuan.

Aku lelaki, sesuatu yang tidak normal andai aku seorang lelaki tidak berminat dengan perempuan.

Lagipun atas alasan apa yang membolehkan aku membenci perempuan? Aku juga lahir dari seorang perempuan.

Tapi aku tidak percaya pada cinta! Aku pernah dikecewakan gara-gara kerana aku orang miskin. hmm…itulah perempuan, materialistik! Ibuku juga menderita kerana kegagalan perkahwinannya yang atas dasar cinta! Jadi, ada apa dengan cinta? Ibuku menderita kerana kehilangan anak tercinta. Cinta? Kalau cinta, kenapa korbankan anak itu, anak yang terhasil atas dasar cinta antara mereka. Mana nilai cinta ayahku pada ibu? Aku benci ayah! Adik? Ya! Aku punya seorang adik yang aku sendiri tak tahu apa pun tentang dirinya. Namun, jauh di sudut hati, aku berharap agar suatu masa nanti aku dipertemukan dengan dia, akanku bawa dia pada emak. Itu janjiku! walaupun aku sedar, harapan untuk bertemu dengannya umpama mimpi di siang hari. Tapi tak mustahil kan?

Menurut ibuku, adikku diserahkan kepada sahabat bapaku tiga hari selepas dilahirkan yang kononnya tidak mempunyai anak pada masa tu.
Ya! Tiga hari je! Bayangkan, anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu hanya mampu dilihat dan dibelai tiga hari cuma.

Hati ibu mana yang tak sakit? Selepas itu, ibuku memilih untuk hidup sendirian selepas merasakan cintanya terhadap bapaku kian pudar.
Apa guna hidup mewah andai kebahagiaan bukan lagi milik mereka? Ibuku menjanda sehingga kini…dengan membanting tulang empat kerat, ibu menampung kehidupan kami berdua.

Aku bangga dengan ibu! Walaupun susah, dia mampu memberi aku pendidikan lebih dari yang sepatutnya! Ijazah yang bakal aku genggam itu buktinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience