Bab 6

Romance Series 38143

6.

Ahhhhh……aku sedar, aku hanya manusia biasa yang punya seribu satu kelemahan.

Setelah hampir dua tahun berkawan dan bercinta dengan Rania, kini aku sedar, prinsip aku sudah tidak boleh dipakai!

Kehadiran gadis itu telah merubah prinsip aku! Dia berjaya merobohkan tembok keegoan yang selama ini aku pertahankan!

Bukan tidak ada perempuan yang selama ini datang ‘mencuba nasib’, tapi keegoanku mengatasi segala-galanya.

Tapi kini? Ah…begitu rapuhnya tembok itu. Apa, tak cukup tiangkah? Atau bahan-bahannya yang kurang berkualiti?

Ya! Gadis yang bernama Rania itu telah berjaya merobohkan tembok itu! Kekuatan yang ada padanya tidak mampu mempertahankan tembok itu!

Siapa dia? Apa kekuatan yang ada pada dia? dia mampu menggegarkan jiwaku yang selama ini kaku! Kehadirannya dalam hidup ini telah melenyapkan kesepian yang sekian lama mencengkam jiwa! Tapi kenapa dia?

Apa keistimewaan dia? Dia adalah gadis melayu yang mengamalkan cara hidup barat!

Dia pernah beritahu yang dia dibesarkan di kota London.
Aku tidak tahu secara mendalam tentang latar belakangnya…yang aku tahu, dia seorang gadis melayu, dan beragama islam. Islam?
Aku tahu kerana dia yang beritahu. Kalau tak beritahu? Entahla………tapi yang pastinya, aku bahagia mengenalinya.

Aku sudah mabuk kepayang! Kehadiran Rania dalam hidupku telah mengisi kekosongan yang sekian lama bertakhta di jiwaku. Dia telah membawa sinar baru dalam hidupku. Aku bahagia…

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu! Kalung! Ya, itu kepunyaan Rania! Sampai sekarang aku lupa memulangkan kalung itu kepadanya. Sudah dua tahun aku menyimpannya.

Semasa insiden yang menemukan kami suatu ketika dahulu, kalung yang dipakainya tercicir.

Aku segera mengambil kalung yang aku simpan dalam laci mejaku. Kalung itu terletak elok dalam kotak yang aku sengaja beli.
Aku ambil dan aku tatap seketika. “FDK, love 4ever”.

Itulah perkataan yang terukir cantik di situ. Apa singkatan FDK itu? Hm….aku sendiri pun tak tahu. Yang pasti, aku mesti jumpa Rania esok! Akanku pulangkan padanya! Ya pasti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience