Bab 9

Romance Series 38143

9

“Mak kata tak boleh, maknanya tak boleh! Kamu tak boleh kahwin dengan Rania. Itu keputusan muktamad mak!”. Fatimah bertegas. “tapi kenapa mak.

Selama ni mak tak bantah pun. Mak…selama ni Zif tak pernah minta apa-apa dari mak. Ini saja yang Zif minta mak…izinkanlah Zif kahwin dengan Rania…ini kebahagiaan Zif, Zif tak boleh hidup tanpa Rania mak…apa salah Rania mak…” luluh hati Fatimah mendengar setiap kata yang keluar dari mulut Razif.

Ibu mana yang tak mahu tengok kebahagiaan anaknya? Ibu mana yang sanggup melihat penderitaan anaknya?
Dia mahu Razif bahagia. Anaknya itu tak pernah merasa bahagia.

Kehidupannya sepi selepas dikecewakan oleh seorang perempuan yang kononnya mencintainya sepenuh hati. Razif menderita kesepian selama hidupnya…dia nampak satu kebahagiaan mula terpancar pada mata anaknya setelah mengenali Rania. Fatimah tahu itu. tapi apakan daya…
”mak…tolong beritahu Zif kenapa tiba-tiba berubah hati mak…mak bukan tak tahu betapa bermaknanya Rania dalam hidup Razif mak…” aku tak puas merayu. Aku tak boleh kehilangan Rania.

Fatimah menghela nafas. Berat!

“Rania itu adik kamu! Adik kamu yang pernah kamu berjanji dengan mak dulu yang kamu akan cari dia sampai lubang cacing! Itulah dia Razif.

Itulah adik kamu!”dengan tidak sengaja dulang yang berisi minuman yang berada di tangan Rania yang ketika itu muncul dari dapur terhempas ke lantai.

Aku terkedu! Dugaan apakah ini? Apa emaknya berkata jujur? Emaknya tak mungkin berbohong. Emaknya tak pernah berbohong! Sepahit-pahit kenyataan, emaknya akan berkata jujur. Dan kali ini, emaknya juga berkata jujur! Allah…..aku meraup muka…

Maafkan Nia mak. Terima kasih kerana melahirkan Nia. Nia terpaksa pergi mak…mama dan papa pun Nia tak jumpa lagi. Nia tak boleh berlama kat sini, akan menimbulkan fitnah nanti.

Lebih-lebih lagi Nia dan Razif masing-masing ada perasaan. Nia tak pernah berdendam dengan mak kerana menyerahkan Nia pada orang lain.
Nia tahu, bukan niat mak untuk melakukan itu. mak terpaksa. Untuk pengetahuan mak, Nia bahagia hidup di samping mama dan papa. Mereka tatang Nia bagai minyak yang penuh.

Akan tetapi, Nia tahu, kasih mak pada Nia melebihi segalanya. Nia juga bahagia mengenali abang Razif…dia telah berjaya mengubah cara hidup Nia. Hidup Nia dulu tak seperti yang mak tengok sekarang.

Mak akan sedih kalau mak tengok cara hidup Nia yang dulu…Mak…Nia selama ini tak pernah bertudung, Nia tak pernah solat, Nia islam hanya pada nama mak…sekarang baru Nia rasa nikmat kehidupan yang selama ni kosong…walau apapun, mak, mama dan papa adalah ibubapa Nia dunia dan akhirat…dan Razif, abang Nia…Nia pergi dulu mak…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience