Bab 10

Romance Series 38143

10.

Hembusan angin yang menderu…alunan ombak yang mendayu…selama aku pulang ke tanah air, ini kali pertama aku datang ke sini. Tempat yang penuh dengan nostalgia…aku telah membesar di sini…Rania…alangkah bahagianya andai ketika ini aku bersama Rania…Rania telah pergi…pergi jauh dari aku…dia telah pulang ke pangkuan Joseph dan Sophia…aku tak mungkin akan ketemu dengannya lagi…aku tak bisa berhadapan dengannya.

Macamana aku boleh bercinta dengan adik aku sendiri? Bagaimana aku tidak perasan nama kami ada persamaan? Rania Alyssa dan Razif Adam…aku bingung!

Betapa kecilnya dunia! Sekembalinya Rania ke London seakan merenggut seluruh hidupku…kesepian kembali bertamu dalam jiwaku yang kian kosong.

Betapa berertinya Rania dalam hidupku…kini hanya tinggal kenangan bersamanya..kenangan yang tak mampu aku lupakan..kenangan yang menyeksa batinku! kenangan yang tidak mungkin berulang….
Dan…..andai itu takdirnya, aku harus menerimanya….

Berat dugaan yang diberikan padaku, pada kami berdua. Namun hikmah terbesar adalah, akhirnya aku dan mama dapat bertemu dengan darah daging kami sendiri.

Namun jauh di sudut hati aku berharap yang takdir pertemuan kami ini bukan dengan cara sebegini.

Ia bukan hubungan cinta yang terjalin antara kau dengan kawan baik kau, yang kalau terpisah dan jumpa balik, peluang untuk bercinta semula tu ada.

Tapi antara aku dan Rania, buatlah apa cara sekalipun, kami berdua takkan mungkin bersatu dan oleh itu cinta yang terjalin antara kami terpaksa diputuskan.

Pukkkk

Arghh sakit kepala aku, entah barang apa yang menyondol kepalaku ni.
‘’Maaf, maafkan saya, saya tak sengaja, sakit ke?’’ seorang gadis bergaun putih menegurku.

‘’Apa awak ni? Mata letak kat bahu ke?’’ tanyaku dalam nada seloroh separuh perli.

Muka gadis di hadapanku menjadi merah, malu barangkali.
‘’Barang apalah yang hempuk kepala aku tadi? Sakit tau’’ tiada jawapan, namun gadis di hadapanku ini hanya tersengih-sengih sambil menunjukkan batang penyapu di tangannya.

‘’Apa? Penyapu? Dik kalau iapun nak pukul orang, carilah senjata yang catchy sikit, macam pedang ke, cangkul ke atau sabit, baru stail!’’ seloroh ku.

Serentak dengan itu kami berdua gelak terbahak-bahak.
Lama kami bersembang, di mataku dia memang menarik, manis dan sopan santun orangnya.

Aku bertanyakan siapa namanya dan dia menjawab,
‘’Aischa Rania Razeef, panggil saya Aischa sahaja,’’ jawabnya.
Ya Allah, pertemuan apakah yang kau aturkan ini? Jika inilah hadiah untuk hambamu yang sabar dan redha atas ujan dan dugaanMu, maka aku bersedia menerimanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience