Bab 7

Romance Series 38143

7.

Tiga bulan lagi? Ya! Itulah yang dia katakan tadi. Lepas konvokesyen tiga bulan lagi, dia akan bawa aku pulang Malaysia.

Jumpa emaknya! Gembirakah aku? Ya! Memang aku gembira. Dia telah memberitahu suatu hajat yang sekian lama aku nantikan, iaitu bertemu dengan ibunya.! Hati kecil Rania melonjak gembira..

Perkenalan dengan lelaki itu telah mengajarnya erti cinta dan kehidupan yang sebenar.” Ya! Rania bahagia mengenali lelaki bernama Razif Adam!

Mama? Ya, mama pasti hampa dengan keputusannya untuk tidak terus pulang ke pangkuan keluarga selepas tamat belajar nanti.

Dia tahu itu, akan tetapi niat baik Razif tak mungkin ditolak. Bukankah ini yang dia harapkan selama ini?

Dia akui, pertama kali bertemu dengan Razif suatu ketika dahulu, dia sudah tertarik dengan perwatakan lelaki itu. tetapi dia ego!

Dia ego untuk mengiakannya! Selain mempunyai wajah dan senyuman yang mampu mencairkan setiap gadis yang melihatnya, dia juga mempunyai keperibadian yang tinggi. Itu yang lebih penting.
Ya, Rania Alyssa sangat cintakan Razif Adam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience