Bab 3

Romance Series 38143

3.

5 january 2011

“Rania…” bagai terngiang-ngiang suara seorang gadis memperkenalkan dirinya petang tadi”. Gadis melayu yang memperkenalkan dirinya sebagai Rania itu betul-betul membuatkan aku jadi bingung! Siapa dia sebenarnya?

Sikapnya tiba-tiba berubah. Bukankah 2 minggu yang lalu dia telah menengking aku di khalayak? Malu giler aku masa tu.

Rasa nak lempang je dia. Tapi aku cuba bersabar, perempuan…biasa la tu. Hari ini, dia datang pada aku memohon maaf atas sikapnya itu. Dia mengaku kesilapannya. Aku akui, cara hidupnya tak ubah seperti orang barat.
Dengan cara pemakaian yang agak menjolok mata! Peristiwa 2 minggu yang lalu kembali mengimbau…

“awak buta ke? Jalan tu pakai mata! Bukan pakai kaki je!

Awak tengok sekarang, habis basah baju saya tau tak! Saya dah lambat nak masuk kelas ni tau tak. Awak betul-betul menyusahkan saya! Huh!!!” Tanpa pamitan, dia terus berlalu dengan wajah yang mencuka.

Aku hanya diam, mulutku bagai terkunci! Burung-burung merpati yang sedang enak mematuk dedak tiba-tiba berterbangan seolah-olah memberi laluan kepadanya.
Lenggokan yang menggoda dengan rambut yang panjang mengurai keperangan betul-betul membuatkan diriku terbuai seketika. Ahhh…..cantiknya dia…!

Namun itu seketika cuma, setelah aku sedar, aku bukan ‘sesiapa’ pada pandangan matanya. Aku sedar, aku yang bersalah, aku tergesa-gesa kerana masa terlalu mencemburuiku.
Tapi dia salah juga, dia tidak berhati-hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience