“Aku terima nikahnya Nur Iman Mikayla binti Iman Mukriz dengan mas kahwinnya Rm1000 tunai!" hanya sekali lafaz sahaja Mikayla menjadi hak Syed Hiraz Firhad.
Disaat Syed Hiraz Firhad bangun untuk menyarungkan cicin ke jari Mikayla dia melihat isterinya itu tersengih-sengih macam kepah busuk.
Meluat pulak dia melihat sengihan gatal perempuan itu.Rasa cam nak disepak isteri yang baru dinikahinya sebentar tadi.Biar bersepai muka perempuan tu,biar sampai tak boleh tayang sengihan gatalnya itu di depan dia.
Ketika Syed Hiraz Firhad menyarungkan cincin ke jari Mikayla, laju sahaja perempuan itu mencium tangannya.Tak sempat dia nak tarik tangan dia ,perempuan itu mencium tangannya.Dah la cium tangan dia,lepastu boleh pulak cium tangan dia sampai naik kebas tangan Syed Hiraz Firhad.
“Iman aku tau la hang syok dapat kahwin tapi tak payah la hang cium tangan laki hang tu sampai setengah jam kami kena tunggu!" kutuk bff Mikayla iaitu Tashriq.
Selepas ditegur oleh bff sehidup sematinya itu,barulah dia memanggungkan kepalanya.
“Kecoh la hang ni!Aku cium tangan laki aku bagi lama sebab nak bagi semua orang dan nak ambik gambaq !Kalau sat-sat,ada jala orang suruh aku repeat lain sebab tak dan ambik gambaq!" Mikayla memberi penerangan berdasarkan logik untanya.
Riuh suasana di dalam masjid itu mendengar jawapan jujur yang diberi Mikayla.
Tetapi tidak bagi Syed Hiraz Firhad, dia langsung tidak tertawa dengan lawak bodoh Mikayla itu.Hatinya bertambah sakit ada la!
Giliran Syed Hiraz Firhad pula disarungkan cincin kemudian dia mencium dahi Mikayla. Di saat bibirnya menyentuh dahi Mikayla, ada suatu perasaan halus yang mula menjalar di hatinya.Tetapi laju sahaja ditepis oleh Syed Hiraz Firhad.
“Tadi bini,ni turn laki dia pulak duk cium lama-lama! Cium sat-sat dah la,macam malam ni tak dak hampa dua ni!"Tashriq dah buat mulut puaka macam bffnya.
Selepas ditegur oleh Tashriq ,laju sahaja Syed Hiraz Firhad memberhentikan perbuatannya tadi.Merah mukanya akibat menahan malu.
‘ Dasar mulut puaka'desis hati Syed Hiraz Firhad.
Dia mengalihkan pandangannya ke arah isterinya,daripada perasaan malu kini bertukar menjadi bengang terhadapa perempuan itu.
Selesai majlis akad nikah mereka,mereka bersalam dengan atuk Mikayla yang menjadi wali mereka.Sewaktu Syed Hiraz Firhad bersalaman dengan atok isterinya itu,lelaki tua itu membisikkan sesuatu di tepi telinga Syed Hiraz Firhad. Syed Hiraz Firhad hanya menganggukkan kepalanya.
Sejak dari kejadian mereka ditangkap khalwat tempoh hari,atok dan nenek Mikayla langsung tidak mahu bercakap dengannya.Hanya Mikail yang menjadi penganatara.
Selepas itu ,mereka bersalaman dengan umi dan walid Syed Hiraz Firhad sebelum mereka pulang ke rumah.
--------------------------------------------------------------------
Mikayla yang baru sahaja selesai mandi memakai kain tuala separas dada,mencari pakaian untuk dipakai pada malam itu.
Sewaktu dia sedang mencari pakaiannya ,tetiba ada seseorang datang memeluk pinggangnya dari belakang.
Terkejut Mikayla apabila pinggangnya dipeluk dari belakang oleh Syed Hiraz Firhad. Nasib la laki dia yang peluk,kalau orang lain dah lama kena side kick rasanya.
Syed Hiraz Firhad mengankat tubuh Mikayla dan menghenyak tubuh kecil itu diatas katil.
“You want me right?Let enjoy our first night dear.." lembut sahaja suara Syed Hiraz Firhad mengoda Mikayla.
“What!" Mikayla tayang muka cuak.
“Why?Takut ke?" Syed Hiraz Firhad senyum sinis kepada Mikayla.
Niat Syed Hiraz Firhad hanya untuk menakutkan Mikayla. Tetapi imannya sedikit goyah melihat keadaan Mikayla.
“Buat apa nak takut,bie..I'm yours" Mikayla melilit tangannya dileher suaminya. Ditambah lagi suara manja mengodannya membuatkan iman Syed Hiraz Firhad tergugat.
Syed Hiraz Firhad yang baru membuka mulut terhenti dengan tindakan Mikayla yang mencium bibirnya.
Dan akhirnya Syed Hiraz Firhad tewas dengan godaan Mikayla.
--------------------------------------------------------------------
Syed Hiraz Firhad melihat wajah isteri yang dikahwininya tanpa rela.
‘Nur Iman Mikayla, satu-satunya perempuan yang boleh membuatkan hidup aku gila .Baru beberapa hari mengenali kau, sudah membuatkan hidup aku kacau bilau dengan perangai gila kau!' desis hati Syed Hiraz Firhad.
Dalam asyik dia memerhati wajah Mikayla, tiba-tiba isterinya itu memeluknya.Wajah isterinya yang hampir dengan mukanya membuatkan degupan jantungnya mula tidak stabil.
Dalam diam Mikayla tersenyum sendiri di dalam hati kerana dia sengaja mengoda Syed Hiraz Firhad .Dia mahu lelaki itu jatuh cinta kepadanya dan mahu menjatuhkan ego lelaki itu yang menolaknya mentah-mentah tempoh hari.
Share this novel