“ Hang buat kerja gila la kak!" marah Mikail.
“ Relax arr,aku takkan kalah punya dengan depa tu .Mesti dalam masa dua bulan ni aku akan kahwin juga! Hang jangan risau ar."
“Mana hang nak cari lelaki yang nak kahwin dengan hang dalam masa dua bulan ni,kak?" soal Mikail yang mula resah dengan pertaruhan kakaknya.
“ Relax aku kata,hang duk risau pa la Mika.Kan ada masa dua bulan untuk cari bakal husbang aku tu.So time tu aku cari la lelaki yang akan menjadi mangsa aku tu"
“Hang ingat kahwin ni benda main- main ka wahai Nur Iman Mikayla oii.Kalau atok dengan tok tau pasai ni macam mana?"
“ Hang jangan la bagitau kat depa pasai benda ni.Kalau hang tak habaq kat depa memang depa takkan tau punya!" Mikayla mempertahankan pendiriannya.
“Suka hati hang la kak.Dah la,aku masuk dulu.Malas nak layan otak gila hang ni.Ngantok pula aku rasa." Mikail berlalu meningalkan mikayla di halaman rumah mereka.
“ Mau tak mengantuk hang ni,dah nak dekat pukoi tiga pagi dah."
“Patut la aku mengantuk gila ni.Jom la masuk dalam rumah" ajak Mikail.
“ Jom la masuk.Seram pulak aku dengar bunyi cengkerik ni.Buat duk lama- lama kat sini sat lagi jengoi pulak kawan hang tak pasai ja!" Mikayla dah buat mulut puakanya.
“ Kawan aku! Siapa?" soal Mikail bler.
“ Siapa lagi kalau bukan hantu raya ka,pocong ka,tak pun toyol! Haish seram aku!"
“Mulut hang tu..Memang tak ada insuran betul la!" marah Mikail.Serta merta dia merasakan bulu romanya seakan berdiri.
Dengan serta merta Mikail mengankat kaki dan meningalkan kakaknya berseorangan dihalaman rumah.serious cuak doh.
Sewaktu mereka pulang dari melepak biasalah anak muda,mereka tidak terus masuk kedalam rumah.
Mereka duduk berbual dahulu di luar rumah.Itulah kebiasaanya apabila mereka keluar melepak.Ini keran nenek mereka tidak membenarkan mereka masuk kedalam rumah jika mereka pulang dari tempat yang jauh pada waktu malam.
Risau juga jika ada sahabat seperti diperkatakan Mikayla tadi menjadi tetamu yang tak diundang membonceng mereka sehingga ke rumah .
--------------------------------------------------------------------
“ Iman Mikayla!Iman Mikail bangun!" tempik haji Malek mengejutkan cucu-cucunya untuk solat subuh.Riuh banglo dua tingkat itu dengan pekikan Haji Malek .
Dua kembar itu yang sedang di ruang tamu terus terkejut bangun apabila mendengar suara atok mereka yang macam halilintar tu.
“ Ha awat? Ada gempa bumi ka?tanya Mikayla dengan muka gelabah biawaknya.
“ Banyak la hang punya gempa bumi!La ni hampa dua orang pi mandi nak sembayang subuh satgi.Hampa tunggu apa lagi?Pi mandi cepat!!" jerkah Haji Malek.
Dengar saja suara halilintar atok mereka,terus mencicit lari kedua kembar itu ke tandas.
Selepas menunaikan solat subuh,kedua beradik itu kembali ke bilik masing- masing untuk menunaikan apa yang tertangguh.
Hasil daripada qada tidur mereka pagi itu,pukul dua petang barulah mereka menunjukkan muka .Itupun disebabkan Haji Malek mengejutkan mereka untuk solat zuhor.
“ Apa nak jadi la dengan hampa dua ni ? Sembahyang kalau aku tak suruh pakai dak la hampa dua ni ,noh.Tengah hari buta baru nak bangun!Aku tak tau apa nak jadi dengan hampa ni.Tak tau nak kata pah dah!" bebel Haji Malek sewaktu mereka sedang menjamah hidangan makan tengah hari.
“ Atok tau mana yang kami tak sembahyang kalau atok tak suruh?" Mikail menjawab bebelan atoknya.
“ Menjawab! Tu ja keja hampa!" marah Haji Mikail.
“ Dah atok tanya mesti la jawab! Kalau tak jawab nanti kata kami ni kurang diaajar pulak! Betoi dak kak?" seperti biasa Mikail akan meminta pertolongan kakaknya.
“Betoi tu,akak sokong" seperti biasa juga Mikayla akan menyokong kata-kata adiknya.
Hajah Suzanne yang melihat perangai cucu-cucunya hanya mengelengkan kepala.Dia memang cukup arif dengan perangai kedua cucunya itu.Jenis yang tak makan saman !
“Tok hampa tu ,ada la tu dia duk kutuk hampa dalam hati dia.Dari tadi lagi atok tengok tuk hampa duk geleng kepala dari tadi" usik Haji Malek.
Tersedak orang tua itu mendengar usikkan dari suaminya.Dua orang kembar tu tak payah duk cakap la.Dah macam orang tak betul dah duk gelakkan nenek mereka.
“ Nampak sangat kak,yang tok tengah duk kutuk kita dalam hati !"giliran Mikail pula mengusik neneknya.
“ Tu la pasai." sokong mikayla.
“ Haish,mana ada ! Memandai ja hampa semua ni" sangkal Hajah Suzanne dengan wajah yang kemerahan akibat disakat oleh suami dan cucu-cucunya.
“Ececece,tak mau mengaku pulak tuk kita ni .Malu la tu" sakat Mikayla lagi.
“ Darling,darling....Darling malu ka dengan cucu -cucu kita ni? sakat Haji Malek lagi.Siap mengenyitkan mata pada isterinya lagi.
Serentak itu Haji Malek dan dua beradik itu ketawa riang ria.Muka Hajah Suzanne tak payah duk cakap la.Merah macam udang kena rebus tu.
“ Kalau hampa tiga rasa nak tidur luar malam ni,gelak la bagi kuat lagi" serius sahaj muka Hajah Suzabne ketika itu.
Terus terdia tiga beranak itu mendengar ugutan Hajah Suzanne.Seriau baq hang.Benda macam ni memang tak boleh buat main,kang tak pasal merempat kat luar malam ni.
“ Kak ,jap hantaq aku pi traning sat" Mikail cepat-cepat ubah topik.
“ Buat pa? Moto hang kan ada!"
“ Sat gi ,aku nak surah hang tukaq sport rim moto aku.Aku baru beli sport rim baru."Mikail memang selalu menyuruh kakaknya membaiki motornya.
Ini kerana kakaknya memang mahir dalam membaiki motor.Dan yang paling best ialah ia PERCUMA.
“ Apahal aku pulak nak kena tukaq sport rim hang? Hang tukaq la sendiri"
“ Alaa kak,aku buzy la.Esok aku nak kena pi Melaka dah.Aku ada game kat sana.Hang tolong la aku,wei" Mikail dah buat mata anak kucing minta Power Cat.
“ Haish,yala-yala! Nasib hang sorang ja adik aku,kalau dak lantak pi kat hang la" akhirnya Mikayla mengalah .
“ Yey,sebab ni aku sayang hang ni..Muah ciket"
--------------------------------------------------------------------
“ Mika,tu sapa?Hamdsome gila!" Mikayla dah buat muka ulat bulu naik daunnya.
“ Sapa?Tu ka?" Mikail menunding jarinya kearah seorang lelaki yang baru keluar dari keretanya.
“ Yala,sapa lagi!"
“ Tu bff aku.Tu la hang,tak mau ambik tau pasai bola sangat.Duk kira pasai moto ja kerja hang! Awat hang tanya?" sempat lagi si Mikail ni mengutuk kakaknya.
Mikayla dah tayang muka jin tanduk sepuluhnya.
“Oh no! Hang jangan cakap dia mangsa untuk plan gila hang tu wei! " Mikail bagaikan sudah dapat membaca apa yang brada di fikiran kakak kembarnya itu.
“ Malang sekali apa yang berada di fikiran hang tu adalah benar sama sekali,wahai adikku."
“Hang jangan buat gila la kak! Dia tu bff aku kot!" marah Mikail.
“ Macam ni la,kita buat deal? Hang tolong kenaikan aku dengan dia,nanti aku tolong bodyfight moto hang" Mikayla cuba menarik perhatian Mikail untuk berurusan dengannya.
“Ish,hang ni memang la kak!" hati Mikail mula berbelah bahagi.
“ Deal or not ?" desak Mikayla.
“ Ok deal!" akhirnya Mikail mengalah juga dengan kakaknya.
Share this novel