Bab 6

Romance Series 2911

Mikayla mengelap hujung bibirnya yang berdarah akibat ditampar oleh atoknya.Pertama kali dia ditampar oleh atoknya.
“Tak guna punya cucu!! Selama ni aku jaga hang macam tatang minyak yang penuh!!Tapi yang ni hang balas kat aku dengam tok hang!" tempik Haji Malek.
Mikayla hanya mendiamkan diri.Dia memandang neneknya yang mendiamkan diri dibelakang atoknya.Disaat ini dia berharap neneknya datang memeluknya,tetapi dia sedar ini semua tidak mungkin terjadi.Ini semua salahnya .

“Aku tanya ni?Hang dengaq dak apa aku cakap ni?Ada ka laki yang nak kat perempuan macam hang ni?Hang jawab!" soal Haji Malek.

Mikayla diam seribu bahasa.Mikail tiada bersamanya untuk menolongnya.

“ Hiraz akan bertanggungjawab dengan apa yang dia buat! Hiraz akan berkahwin dengam Mikayla!" Syed Hanif bersuara.
Serentak dengan itu Syed Hiraz Firhad dan Iman Mikayla mengangkat muka masing-masing.
“What!Walid tak boleh buat Raz macam ni!Ini bukan salah Raz!"bentak Syed Hiraz Firhad.

“Suka atau tak ,Walid tetap nak kamu bernikah dengan dia! Itu keputusan Walid!"
Syed Hiraz Firhad tunduk memandang lantai.Makin membara dendamnya pada Mikayla. Dia tahu keputusan Walidnya sudah muktamad .Tiada guna kalau dia melawan.Dia cukup arif dengan sikap walidnya.

Jika A yang dikatakan oleh walidnya maka A la jawabnya.Dalam diam dia menyumpah seranah Mikayla kerana disebabkan gadis itu dia terjebak dalam situasi begini.

Dia melihat Mikayla yang berada di sebelahnya dengan rupa yang sendu.Bukannya dia rasa simpati melihat Mikayla tetapi dia rasa macam nak disepak- sepak muka perempuan tu.Biar dia sedar diri!
Mikayla yang tengah acah-acah bersedih itu ketawa riang didalam hati apabila hasratnya bakal tercapai tak lama lagi.

Cerita rekaan yang diceritakan kepada walid dan umi Syed Hiraz Firhad rupanya menjadi.

Dia sengaja mereka-reka cerita kepada umi dam walid Syed Hiraz Firhad ketika lelaki itu pergi ketandas.

Dan akhirnya walid dan umi Syed Hiraz Firhad termakan dengan cerita rekaannya.Dia memberitahu kepada umi dan walid lelaki itu bahawa dia sudah beberapa kali terlanjur dengan Syed Hiraz Firhad. Sewaktu dia memberitahu semua itu ,hampir pengsan umi Syed Hiraz mendengar cerita rekaan Mikayla.

“Walid mahu kamu berdua berkahwin dalam minggu ni jugak!" Syed Hanif membuat keputusan.

“ What ! Walid tak boleh buat Raz macam ni!Raz tak ready lagi untuk semua ni!" bantah Syed Hiraz Firhad
“ Kamu dah rosakkan anak dara orang lepastu kamu nak buat nonsense ya!Memang anak tak guna kamu ni! " terkejut Syed Hiraz Firhad mendengar kata-kata walidnya.
Laju sahaja matanya memandang tepat ke arah Mikayla. Dia yakin pasti ada sesuatu yang direka- reka oleh Mikayla.
‘Okay! Kau nak main dengan aku ya perempuan murah.Ok ,let play!' desis hati Syed Hiraz Firhad.

“Yes,memang Raz yang rosakkan dia dan Raz akan bertanggungjawab dengan apa yang Raz dah buat dekat dia.Tapi bukan dia sorang je yang Raz dah rosakkan,ramai lagi perempuan yang Raz dah tidur bersama.Sanggup ke dia kahwin dengan Raz?" terkejut Mikayla mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Syed Hiraz Firhad.

“ Tak guna punya anak!" satu tamparan singgah ke pipi Syed Hiraz Firhad. Menyirap darah Syed Hanif mendengar kata-kata anaknya.
Saat walidnya menampar mukanya,Syed Hiraz Firhad sudah menyimpan dendam untuk Nur Iman Mikayla sengsara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience