Bab 8

Romance Series 2911

Awal-awal pagi lagi Sharifah Aisha mengajak Mikayla dan Syed Hiraz Firhad pergi ke butik D'RAZ miliknya.
“ Kita buat apa dekat sini umi?" Syed Hiraz Firhad bertanya kepada uminya.
“ Kita mai sini nak main masak-masak kat sini!Itu pun tak tahu ke?" Mikayla bagi kenyataan berani mati.
Tertawa Sharifah Aisha dengan sikap menantunya itu.Berani betul menantunya itu ,membahan anak lelakinya.
“Kenapa mulut kau ni macam puaka ,hah?" soal Syed Hiraz Firhad geram .
“Longkang?Mana longkang?Tak ada pun!"Mikayla membelek wajahnya di pintu butik itu yang diperbuat daripada kaca.
“Kau cari apa tu?"soal Syed Hiraz Firhad apabila dia melihat isterinya tercari-cari sesuatu.
“Longkang!"
Syed Hiraz Firhad yang mendengar jawapan Mikayla dah bayang kakinya sampai ke muka Mikayla. Bengang betul dia dengan sikap main-main isterinya itu.
“Tak guna punya perempuan! Berani kau mainkan aku!"bentak Syed Hiraz Firhad.

“Kisah pulak aku!"Mikayla buat muka nonsense.
“Iman ,Hiraz mari sini sayang.Kalau di biarkan kamu berdua ni,asyik bergaduh ja kerja."bebel Sharifah Aisha.
“Kita buat apa kat sini, umi?" soal Syed Hiraz Firhad lagi.
Mikayla yang terniat nak menjawab soalan Syed Hiraz Firhad terhenti apabila Syed Hiraz Firhad memberi jelingan maut kepadanya.
“Kamu berdua pilih la baju apa korang nak pakai masa resepsi weding nanti.Anything kamu panggil je pembantu umi ni.Nama dia Kelly.Umi nak masuk office kejap" Sharifah Aisha meningalkan mereka bertiga disitu.
Mikayla dah pandang si Kelly tu atas bawah je.
“Galak-galak dia panggil nama Kelly !Entah- entah nama dalam ic Keli tapi pi tukaq jadi Kelly."lancang sahaja Mikayla mengutuk makhluk dua alam itu.
Yerus berubah muka si Kelly tu apabila mendengar kutukan Mikayla. Syed Hiraz Firhad sedaya upaya menahan tawanya dalam hati.Sememangnya dari dulu lagi dia memang anti dengan makhluk dua alam yang sorang ni.
Setiap kali datang ke butik uminya ,pasti si Kelly @Keli ni akan datang menempek dekatnya.Dasar bapok!!

“Sorry ,Mr and Mirs Hiraz sudah buat pilihan ke baju mana yang dipilih ?"soal Kelly. Geram betul dia dengan menantu bosnya itu.Mulut macam puaka!
“Saya nak yang tu!" Syed Hiraz Firhad mendundingkan jarinya kearah sepasang baju pengantin berwarna pink.
“Eeei you!Seriously?" soal Mikayla tak percaya.
“What? Comel apa ,warna pink!"
“Muka maco tapi dalam hati jambu!Sebijik macam bapok sebelah ni!" kutuk Mikayla. Kesian si Kelly yang asyik menjadi bahan mulut puakanya.
“Kau nampak macam muka aku kisah ke?" soal Syed Hiraz Firhad .Malas dia nak layan perempuan tak betul depan dia ni.
“Dah aku tak mau baju warna tu !Aku nak baju tu"Mikayla medundingkan jarinya kearah sepasang baju di sebelah baju yang dipilih Syed Hiraz Firhad.
“Warna hitam tu ke?" soal Syed Hiraz Firhad tidak percaya.
“Yala,apahal?"
“Tak nak aku baju tu!" Syed Hiraz Firhad menolak mentah- mentah pilihan Mikayla.
“Nak jugak!" bentak Mikayla.
“Tak nak!Aku nak pink!" bentak Syed Hiraz Firhad pula.

“Hitam!"

“Pink!"

“Hitam!"

“Pink!"
“Lantak kau la!Aku nak pink juga!" Syed Hiraz Firhad tak nak kalah.
“Aku pun sama!" dasar keras kepala betul la pasangan suami isteri ni.
“Sorry,black or pink?" sampuk Kelly didalam pergaduhan suami isteri itu.
“Apa bezanya?" soal Mikayla.
“Bezanya kau ni bodoh sangat!" kutuk Syed Hiraz Firhad.
“Ooo..Nampaknya kita berdua ni tak dak beza pun la ." Mikayla mengenakan Syed Hiraz Firhad.
“Apa kau kata!" bengang Syed Hiraz Firhad apabila Mikayla mengatakan dia bodoh sama sepertinya.
“Apa yang riuh sangat ni? Umi duduk dalam office pun boleh dengar suara kamu berdua asyik bertengkar aje!" tegur Sharifah Aisha.
“Diorang berdua ni asyik bertengkar aje dari tadi Puan.Seorang nak pink ,sorang lagi nak hitam!Pening kepala saya dibuatnya." adu si Kelly @Keli.
Sakit pula hati Mikayla mendengar aduan si Kelly kepada ibu mertuanya.Dengan suara terkepit-kepit mengalahkan itik tersepit chop stick ja.
“Hal kecik macam ni pun kamu jadikan punca untuk bergaduh.Apa nak jadi la kamu berdua ni.Apa kata kamu berdua pilih warna putih .Sesuai dengan tema kita nanti." Sharifah Aisha membuat keputusan.
“ Ikut umi la,Raz ikut ja"
“Iman pun ikut ja,tapi tema apa untuk wedding nanti ni umi?"

“Umi cadang nak buat tema wedding kamu berdua ala-ala fairytale gitu..."cadang Sharifah Aisha.

--------------------------------------------------------------------

Muka Mikayla dah merah-merah akibat menahan marahnya kepada ibu mertuanya itu.

“Apahal muka merah ni?" soal Syed Hiraz Firhad.
“Hang boleh tanya lagi !Mak hang la ni,penat aku ikut dia dari tadi!"marah Mikayla. Dia memperlahankan suaranya untuk mengelakan daripada didengari Sharifah Aisha yang berjalan di hadapan mereka.

“Apa yang umi aku buat dekat kau?Sampai kau marah sangat dekat umi aku tu!"
“Umi hang tu tak tau penat ka?Aku tak larat dah nak ikut umi hang duk tawaf mall ni hang tau dak!" adu Mikayla.
“Ala ,bukan selalu pun kita keluar dengan umi" Syed Hiraz Firhad cuba memujuk hati Mikayla.
“Banyak la hang!Benda yang paling aku tak suka dalam hidup aku ialah ikut orang perempuan shopping .Sebab dia macam ni la.Sebab tu jugak la ,aku tak suka shopping.Kebas kaki aku ,wei!" Mikayla bercakap macam dia tu bukan perempuan je.
Agak-agak dia ni makhluk dua alam kot.

“Alolo..siannya isteri aku ni.Nak dukung ke?"gurau Syed Hiraz Firhad.
“Nak..Nak"Mikayla dah tayang muka gediknya.
“Dah malas aku nak layan perempuan gedik macam kau ni!" meluat pula Syed Hiraz Firhad melihat isterinya itu..
“Nak juga!"Mikayla memaut lengan sasa Syed Hiraz Firhad.
“Tak nak!"
Dalam diam Sharifah Aisha memerhati tingkah Syed Hiraz Firhad dan Mikayla. Bahagia dia melihat perangai anak dan menantunya .Tambah-tambah lagi perangai menantunya itu yang suka mengusik anaknya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience