Syed Hiraz Firhad berasa sungguh tak selesa dengan pandangan gadis di hadapannya itu .Dari tadi lagi,mata gadis itu asyki memandangnya.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?" soal Syed Hiraz yang betul- betul tidak selesa dengan pandangan mata gadis itu.
“ Sebab saya suka awak la" menyembur air yang diminum Syed Hiraz mendengar kata- kata berani gadis di hadapannya ini.
Beberapa orang didalam KFC di Aman Centre itu mengalihkan pandangan mereka terhadap Syed Hiraz yang tersedak tadi.
Disebabkan nak cover malu punya pasai,Syed Hiraz berdehem beberapa kali.
“Ehem... Awak ingat lawak ke?" serius saja suara Syed Hiraz Firhad.
“Awak ingat saya buat lawak ke?" gadis itu menyoalnya kembali.
“Macam mana awak boleh suka saya sedangkan kita tak pernah berjumpa pun sebelum ini?"
“ Mungkin first time bagi awak!Tapi tidak bagi saya.Sejak pertama kali saya lihat awak,saya memang nak awak!" gadis itu meluahkan perasaannya dengan berani.
“Tak kisahlah apa-apa pun saya memang tak akan dekat dengan perempuan murah macam awak ni!" pedas sekali kata-kata Syed Hiraz Firhad.
“ Saya pun tak kisah kalau awak suka saya atau pun tak! Yang saya tahu,awak akan jadi hak saya walau apa cara sekali pun!" yakin sekali kata-kata gadis itu.
“ Awak ni psyko ke?" seram pula Syed Hiraz Firhad melihat kakak sahabatnya ini.
“Ya!Saya gilakan awak ! Kenapa?" gadis itu mengiakan kata-kata Syed Hiraz Firhad.
“ No wonder la awak ni macam orang tak betul.Kesian Mikail dapat kakak macam awak ni!"
“ Dan awak perlu tahu,yang orang tak betul ni yang akan jadi milik awak tak lama lagi!" Iman Mikayla tersenyum sinis kepada Syed Hiraz Firhad.
Syed Hiraz Firhad mula berasa tidak selesa dengan kehadiran Iman Mikayla.
‘Kemana kau pergi ni Mikail? Tadi kau cakap nak ke tandas je,ni dah hampir setengah jam aku duk kat sini! Langsung tak nampak kelibat batang hidung kau ni.Takkan la dalam tandas pun boleh traffic jem.' monolog Syed Hiraz Firhad dalam hatinya.
“ Tinggi betul impian awak tu kan?" sinis soalan Syed Hiraz Firhad.
“ Yes ! Saya tahu impian saya akan jadi kenyataan tak lama lagi! Bukan sekadar angan-angan Mat Jenin!" yakin Iman Mikayla berkata-kata.
Belum sempat Syed Hiraz Firhad membalas kata-kata Iman Mikayla telefon pintarnya berbunyi tanda ada panggilan masuk .Tertera nama Mikail yang menelefonnya.
“ Hello”
“ Hello Hiraz" jawab pemanggil itu.
“Sorry,ni siapa ya? Mikail mana?" pelik juga dia apabil bukan suara Mikail yang didengarinya.
“Ni aku Haidar.Aku nak bagitau kat hang yang Mika duk dekat hospital la ni.Dia mintak hang tolong bawak kakak dia mai hospital "beritahu Haidar.
“ Hospital? Hospital mana? Macam mana dia boleh masuk hospital?" bertalu-talu soalan yang ditanya Syed Hiraz Firhad kepada Haidar.
“Mika duk dekat Kmc (Kedah Medical Sentre) la ni.Nanti hang mai,aku cerita kat hang macam mana Mika boleh sangkut kat sini." arah Haidar.
“Oh ,ok.On my way"Syed Hiraz Firhad meningalkan Mikayla sendirian disitu.
Tetapi apabila dia menyedari ywng Mikayla tidak mengikutnya dari belakang dia pun berpatah balik.
“ Tunggu apa lagi? Cepatla adik kau ada dekat hospital sekarang ni!" marah Syed Hiraz Firhad.
“ Apa!Kenapa Mika ada kat hospital?" terkejut Mikayla apabila diberitahu adiknya berada di hospital.
“ Kau jangan banyak tanya boleh tak !Ikut saja sudahla!" marah Syed Hiraz Firhad.
--------------------------------------------------------------------
Suasana di dalam kereta sungguh sunyi bagaikan berada di tanah perkuburan.Jam di dashboard kereta menunjukkan angka 12 tengah malam.
Selepas mendapat panggilan daripada Haidar petang tadi,mereka terus bergegas ke hospital.Mereka menunggu disana sehinggalah Mikail sedar dari pengsannya.
Iman Mikail dimasukkan kedalam hospital akibat dirompak ketika dia masuk kedalam tandas.Mujurla tiada kecederaan parah yang dialami oleh Iman Mikail. Cuma cedera ringan sahaja.
Didalam kesunyian yang melanda di dalam kereta itu.Tetiba sahaja kereta berhenti di tengah jalan yang sunyi .
“Apahal pula kereta ni" rungut Syed Hiraz Firhad.
“ Kenapa" Mikayla sengaja bertanya soalan bodoh.
“Entahla.Tetiba sahaja kereta ni mati " jawab Syed Hiraz Firhad jujur.
“Inallilah wa inalillah hirojiun.Dah sampai ajal dia .Arwah dulu baik orangnya.Sian kereta awak ,muda-muda lagi dah mati." Iman Mikayla tayang muka simpati.
Syed Hiraz Firhad rasa macam nak meletup kepalanya mendengar loyar buruk Iman Mikayla.
“ Kau jangan nak buat loyar buruk dekat sini boleh tak! " bentak Syed Hiraz Firhad.
“ Ok" Mikayla menjengketkan bahunya tanda tidak kisah .
Syed Hiraz Firhad yang tengah bengang dengan Mikayla terus keluar dari kereta dan membuka bumper hadapan kereta itu.
Tidak lama kemudian dia masuk semula kedalam kereta dengan muka yang mencuka
“ Kenapa dengan kereta ni?" soal Mikayla prihatin.
Mikayla boleh sahaja membaiki kereta ini tetapi disebabkan tidak mahu mensia-siakan peluang yang tersedia,dia pun menjalankan pelan jahatnya.Kalau nak tunggu hari lain ,mungkin tak akan dapat lagi la.
“Entahlaa,aku pun tak tahu apa masalah kereta ni.Buat sementara ni kita tunggu dulu dalam kereta ni"
“Oh,ok" pendek sahaja jawapan Mikayla.
“Aku dah call kawan aku .Kejap lagi dia sampai la kot ,untuk baiki kereta ni" beritahu Syed Hiraz Firhad.
“Ok,tapi aku nak pinjam fon hang sat" terus Mikayla merampas telefon yang berada di tangan Syed Hiraz Firhad.
“Oii!!! Bagi balik fon aku!" Syed Hiraz Firhad cuba merampas kembali telefonnya.
Sewaktu Syed Hiraz Firhad cuba merampas kembali telefonnya, tiba-tiba tingkap kereta itu diketuk disebelah pemandu.Jelas ternampak beberapa orang lelaki yang memakai serban .Memang tak syak lagi,orang-orang dari pejabat agama.
“Dam!!!" Syed Hiraz Firhad menghentak streng keretannya.
Tapi Mikayla buat bodoh ja.Cuma dia buat muka acah-acah tengah terkejut gila.
Selepas berkali-kali cermin kereta itu diketuk ,akhirnya Syed Hiraz Firhad keluar juga dari keretanya.
“Apa nak jadi dengan hampa ni?" tegur salah seorang penguatkuasa itu.
“ Tak ,encik...Encik semua dah salah faham ni! Kereta saya ni..." belum sempat Syed Hiraz Firhad menjelaskan apa yang terjadi lelaki berserban itu memotong percakapannya.
“Dah..Dah,kami tak nak dengar apa-apa alasan! Nanti jelaskan disana!" arah lelaki itu.
Share this novel