bab 1

Romance Series 2911

``Nur Iman Mikayla!"jerkah satu suara yang nyaring di bawah pokok.
Mikayla yang sedang makan rambutan di atas pokok hampir sahaja tertelan biji rambutan.
`` ish..apa atok ni?erkejut Kayla tau! Nasib tak mati cucu atok yang comey ni.Kalau tak..tak dak dah laa cucu yang comey ni.." Mikayla tayang muka sedih.
`` Tak payah hang nak buat drama kat atas tu ..Hang mai turun la ni jugak! Anak dara saja..Tapi perangai macam lelaki..Duk raas rata pokok rambutan"bebel Haji Malek dalam loghat Kedah.
`` Lex..lex atok.Kayla nak turun ni..Marah marah nak pi mana" Mikayla buat loyar buruk .
``Hah, turun pun!Apa nak jadi dengan hang ni"Haji Malek menggelengkan kepalanya dengan kerenah cucunya.Ni baru Mikayla,belum lagi si Mikail kembarnya si Mikayla.
`` Jadi orang la atok!Takkan nak jadi pokok pulak!"selesai berkata-kata terus dia ketawa terbahak-bahak.Dalam dia khusyuk duk ketawa tu..Tiba-tiba kepalanya ditampar .Terus mati ketawanya.
`` Apa atok ni?"Mikayla tarik muka masam.
`` Padan la dengan hang!Semua benda aku cakap semua hang buat main.Ni adik hang mana? Dari pagi lagi tak nampak batang hidung dia kat rumah" Haji Malek tidak menghiraukan perangai cucunya yang sorang itu.

`` Entah la ...Orang tak jaga dia pun..Dah tak dak rasanya kot" slamber unta ja dia mengArwahkan adiknya.
`PAP' sekali lagi kepala Mikayla menjadi tamparan atoknya.
“Hang ni..kalau aku tanya tak leh ka hang jawab bagi elok sikit..main-main ja kerja hang"marah Haji Malek.
“ Haish,yala-yala..Mikail dia pi traning la atok oii..petang cam ni dia pi mana lagi kalau tak pi traning ..macam tak besa..Pagi tadi dia tak dak sebab dia pi bodyfight moto 125 dia tu..Besala tok, mat moto la katakan" Mikayla sudah faham akan aktiviti adiknya sebagai seorang pemain bola sepak.

“oooh..Orang tua- tua,besa la cepat lupa,yang hang duk kata kat adik ang mat moto..

Yang hang minah moto tak mau pulak hang sedaq noh.Kak ngan adik sama naik ja!"setempek Haji Malek bagi dekat cucunya itu.

“ Ehhh..Atok ni handsome la hari ni.Tapi atok lagi handsome kalau atok tak beleter dekat Kayla." hampir cair rasanya tahi telinga Kayla mendengar leteran atoknya.

“Huh..Hang tak payah cakap pun dah lama atok tau yang atok ni handsome!Kalau tak,tak dak la tok hang tu boleh berkenan kat atok hang ni.Siap merayu rayu kat atok lagi." Haji Malek mula pukoi naik dah.
Rupanya perangai Mikayla diturunkan oleh atoknya.

“Yaka atok?Tapi hari tu,tok kata yang atok duk merayu rayu kat tok.Almaklumlah tok tu kan kacukan Jerman nak dibandingkan dengan atok ni ,setakat kacukan Thailand ja! Buat pa!Tu pun nak riak" kutuk Mikayla.
Huhu..dasar tak guna punya cucu.Atok sendiri dia bedai macam member dia.

“Eleh hang dok kata kat tok hang ni!Hat darah Thailand ni jugak la duk mengalir dalam badan hang ni .Nak bukti atok boleh tunjuk!Tu mata hang tu ,sepet macam mata atok ni.Kulit hang ni ,ikut kulit atok.Putih kalah DSV tu" amboi Haji Malek ni DSV pun dia kenai.

“Hekeleh,atok tak payah nak poyo sangat dengan Kayla.Bukan atok sorang ja yang kulit putih melepak,tok pun putih melepak.Mata Kayla pun sama ja warna macam tok,warna biru tapi sayang la..sepet macam atok" kutuk Mikayla.

“Amboi hang mengutuk Atok hang nampak !”Haji Malek sudah cekak pingang mendengar kutukan cucunya.

“ Pic yo" Mikayla angkat pic.

“ Dah jom balik ,malas aku duk layan perangai gila hang.Sat lagi hingar pulak darling atok kat rumah tu" Haji Malek tayang muka merenyam..
Mikayla yang mendengar,tetiba rasa nak muntah.Nak sepak pun ada jugak tengok muka merenyam atoknya.
` Street.....' bunyi tayar motorsikal yang dibrek secara mengejut.
“ Allah...Allah..Ya Allah terima kasih Ya Allah panjangkan umoq aku...Shukur.." Haji Malek terus membuat sujud syukur dan mencium tanah sebaik sahaja turun dari moto Mikayla.
Mikayla yang melihat ,terus ketawa terbahak-bahak di atas moto Yamaha 125nya.Terok betul reaksi atoknya .Serious lawak der.
“Ya Allah abang! Pasaipa ni?”terkejut Hajah Suzanne melihat keadaan suaminya.
“Allah Sue..Cucu bertuah hang ni laa..Bawak moto macam nak bunuh aku" Haji Malek memegang dadanya.

Makin galak Mikyla mentertawakan atoknya.Tak dak pun tanda- tanda dia nqk tolong atoknya yang dah terduduk di atas tanah tu.

Mahunya tak ketaq kepala lutut orang tua tu.Mikayla bawak moto,mengalahkan Lorenzo racing.Tak sempat nak tengok kiri dan kanan ,sedar- sedar ja dah sampai depan rumah.Dasar cucu tak guna betul.

` street' sekali lagi kedengaran bunyi tayar moto dibrek secara mengejut.
“Allah...." terus Haji Malek tunduk mencium tanah.
Makin syok laa si Mikayla mentertawakan atoknya.Mikail yang baru balik terus hairan melihat keadaan atoknya.
“Kak kenapa dengan atok ni?" Mikail hairan melihat keadaan atoknya itu.
“Haha..aku bawak atok hang ni pi racing tadi .Tu yang ketaq lutut tu..Rasanya tak lama dah atok hang ni.Baik hang pi mintak maaf lekaih"memang dasar cucu tak guna la si Mikayla ni.

“ Serious wei? Patut la macam tu.Berapa kmsj hang bawak?" soal Mikail.
“Habis meter aku bawak der" Mikayla mengangkat kedua- dua keningnya .
Makin riuh suasana halaman rumah Haji Malek dengar suara dua kembar yang gamat mentertawakan atok mereka.Langsung tidak terniat dihati mereka mahu menolong atok meraka yang dah tak lama lagi tu.
“ Ehhh,yang kamu berdua ni suka betul gelakkan atok kamu.Dah meh tolong atok kamu ni.Tak larat tok nak angkat atok kamu sorang sorang" tegur Hajah Suzanne.
“Baik tok" jawab kedua kembar mereka serentak.Apa nak jadi la dengan dua beradik ni.Bila disuruh baru nak tolong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience