Bab 4

Romance Series 2911

Bukan main bahagia lagi muka Mikail apabila melihat moto kesayangannya sudah berubah rupa.
“Suka nampak!" tegur Mikayla.
“ Mestila,baby aku dah bertukar rupa.Makin cute pulak aku tengok baby aku ni" Mikail mencium motornya.

“Happy ..Happy jugak,janji hang kena tepati juga noh!" Mikayla mengingatkan adiknya.Terus mati senyuman Mikail apabila mendengar peringatan kakaknya.
“ Tak dak orang lain ka wei?,Dia tu bff aku kot !" tak sampai hati Mikail mahu menjadikan sahabatnya mangsa pertaruhan kakaknya.
“ Tak dak! Dia dah jadi Mr Target man aku!Kalau hang tak mau tolong aku,aku akan buat apa sahaja untuk dapatkan dia! Macam la hang tak kenai aku ni macam mana kan" ugut Mikayla.

“ Macam mana kalau dia tak mau kat hang?"
“ Benda tu small marter ja.Ada banyak cara untuk dapatkan dia.Tak dapat cara baik aku ambik cara jahat.Macam la hang tak tau,kak hang ni dengan setan kan bff" selamba badak ja dia mengaku jadi bff setan.
“ Dah lama aku tau hang dengan setan tu bff.Bukan setakat setan,segala jembalang yang ada atas dunia ni semua geng hang! Sebab tu la perangai hang pun macam depa!" kutuk Mikail.
“Amboi! Melawak kasaq nampak"Mikayla dah menjeling adiknya.

“Opss,sorry terbabas pulak.Asal nak kutuk dalam hati ja,tapi tak sangka pulakterbabas keluar" Mikail tayang sengih.

“So, bila aku boleh jumpa Mr Target aku tu?" Mikayla sudah tak sabar mahu berjumpa dengan mangsanya itu.
“Sabaq la.Aku baru ja sampai balik dari Melaka.Tak dan lagi nak rest,hang dah suruh aku macam-macam."

“Yala,aku bagi masa dekat hang dalam minggu ni ja .Kalau dak,moto hang ni memang aku buka balik semuanya.Biaq hang pasang balik sendiri! " ugut Mikayla lagi.
“Yala,nanti aku bawak la hang jumpa dia nanti."Mikail tayang muka bosan.
“ That my boy" Mikail mengosok kepala adiknya.“Dah la ,aku nak keluar jap.Nak pi cari ilham jap"
“ Baguih la tu ,hang buatla novel hang tu bagi sentre sikit.Jangan macam hang ni,otak spark!" kutuk Mikail.

“Tahulah,aku ni kan penulis novel yang terkenal dan berwibawa.Mesti nanti novel aku gempak kebabom punya!Hang jangan duk dengki pulak!" Mikayla dah mula pukoi naik diri sendiri.
“ Mula dah perangai pukoi naik dia.Hang nak pi cari ilham dekat mana?" Mikail dah lali dengan perangai kakaknya yang tak berapa sentre tu.

“Cari kat rumah dia la"Mikayla tayang muka bendul.

“Kalau aku sepak hang nanti hang kata aq ni lelaki dayus pulak! Hang jangan duk jadi bendul sangat boleh dak?" geram pulak dia dengan perangai loyar buruk kakaknya itu.Sejak azali rasanya kot.
“ Chilex la bro. Melawak sikit pun tak boleh ka? Aku nak pi cari ilham dekat Tasik Darulaman.Kat situ boleh dapat banyak ilham untuk novel aku"

“Kalau dapat banyak ‘ilham' bawak balik rumah setengah kut boleh buat kawan" giliran Mikail pula buat loyar buruk.
Kata kakak ,adik pun dua kali lima.
“ Haha..Aku ketawa" Mikayla buat gelak tak ikhlas.

“ Malas aku nak layan hang ni.Tidur lagi baik" Mikail berlalu meningalkan Mikayla diruang tamu.
“ Tak dak sapa pun suruh hang layang aku" sempat lagi dia menjawab tu.

--------------------------------------------------------------------

Di Tasik Darulaman yang memang terkenal sebagai tempat reakrasi dan taman tema di area Jitra yang sentiasa dipenuhi oleh para remaja dan keluarga untuk aktiviti reakrasi disitu menjadikan ilham yang dicari oleh Mikayla datang mencurah- curah.
Mikayla mula menjadi penulis novel sejak berumur enam belas tahun lagi.Memang tidak asing lagi bagi peminat- peminat novel yang mengunakan nama penanya iaitu Iman Lya.Dia bukan saja menulis novel untuk genre romatik ,dia juga menulis novel seram dan penyiasatan.
Sudah lima buah novel karyanya telah diadaptasikan sebagai drama tv dan filem.Dengan wang royalty dia membeli barang keperluannya tanpa menyusahkan atok dan neneknya.
Begitu juga Mikail ,yang membeli barang keperluannya dengan gaji yang diterimanya sebagai pemain bola sepak pada usia lima belas tahun .Sebelum dia diserap masuk ke dalam pasukan utama negeri Kedah pada usia tujuh belas tahun .
Kadang-kadang dia merasakan hidupnya juga ibarat heroin di dalam novel rekaannya.
Begitu banyak ranjau yang dia dan Mikail perlu tempuhi tanpa kehadiran ibu bapa disisi.Tetapi dengan adanya atok dan nenek mereka yang selalu menjadi tulang belakang mereka menjadikan pelengkap kepada hidup mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience