“Kak,jom malam ni ada game.Nak join dak?"tanya Mikail .
“ Kat mana ?"
“ Come on la kak.Takkan dah lupa kot?Tahu la hang baru balik Plkn pun,tak payah la buat lupa daratan sangat!Tempat besa la." kutuk Mikail .
“Relax arr,aku tanya hang kat mana ja..Tak payah la nak naik sampai lupa daratan la ,apala"Mikayla tarik muka ala-ala muka serious gitu.
“Orang melawak ja kot.Tu pun tak boleh dah la ni.Ni nak pi ka dak ni?"soal Mikail lagi.
“Nak la ..Duk rumah pun uat pa,bosan."Mikayla menghidupkan moto yang baru dibasuhnya sebentar tadi.
“Ni hampa dua nak pi mana?" tegur Haji Malik.
“Pi racing la atok oii.Nak pi mana lagi?Malam ni mesti Kayla menang punya!!" Mikayla dah cekak pinggang .Siap tayang muka riak lagi,meluat pula Mikail tengok.Rasa macam nak sepok ja kakaknya yang sorang ni.
“ Ingat kakak ja ka yang boleh menang,Mika pun boleh la" giliran Mikail pula up kan diri sendiri.
“ Ish laa ,hampa dua beradik ni nak jadi apa la.Nanti kalau mak ayah hampa mai ambik hampa lepas tu tengok jadi apa-apa kat hampa ,apa aku dengan tok hang nak habaq kat depa?" leter Haji Malik.
“Sorry atok,kami mana ada mak ayah.Kami just ada atok dengan tok ja"Mikayla memintas kata-kata atoknya.
“ Betul tu!Kami tak pernah ada mak ayah!" sokong Mikail.
Perkataan ibu bapa tidak pernah wujud dalam kamus hidup mereka berdua.Sejak mereka dilahirkan sehinggalah kini mereka tidak pernah mengenali ibu bapa mereka.Hampir lapan belas tahun mereka tidak pernah berjumpa dengan ibu bapa mereka.Bukan sekadar berjumpa,gambar ibu bapa mereka pun mereka tidak pernah lihat.
Kiranya mereka langsung tidak tahu bagaimana rupa ibu bapa mereka.Mereka hanya tahu bapa mereka merupakan anak kepada Haji Malek dan ibu mereka pula merupakan warga Jerman seperti nenek mereka.
Dari kecik hanya atok dan nenek mereka tempat untuk mereka menumpang kasih dan tempat bermanja.
Walaupun sikap mereka berdua yang nakal dan selalu membuatkan atok dan nenek mereka pening kepala dengan perangai mereka tetapi atok dan nenek mereka tetap sayangkan Nur Iman Mikayla dan Iman Mikail.
“Awat la cakap macam tu Kayla? Tok tak ajaq pun hang cakap macam tu." tegur Hajah Suzanne.
“ Betulla tok..Tak salah pun apa yang kakak cakap tu tok.Dari kami kecik sampai la,ada ka depa mai tengok kami or ambik tau pasai kami? Pernah tak?" soal Mikail.
Haji Malek dan Hajah Suzanne hanya mendiamkan diri.
“ Tak pernah kan?Sekali pun depa tak pernah ambik tau pasai kami.So jangan salah kan kami,kalau kami anggap depa macam dah tak dak! Betul tak kak?" Mikail meminta sokongan kakaknya.
“ Betul tu Mika.Dah la Mika ,lagi baik kita keluaq lu.Duk rumah pun asyik duk sembang pasai ni ,sampai bila pun tak habis.Buat semak kepala ja." Mikayla malas untuk memikirkan tentang ibubapanya.
Haji malek dan Hajah Suzanne hanya mampu melihat cucu- cucu mereka keluar meningalkan perkarangan banglo mereka.Mereka tidak boleh menyalahkan kembar berdua itu kerana ini salah anak dan menantu mereka.
“Yo,kembaq dua orang ni mai dah! "riuh satu suara apabila Mikayla dan Mikail tiba di tempat para rider berkumpul.
“ Yo,wasup bro?" tegur Mikayla.
“Ok ja..Hampa dua sihat ka? Lama tak tengok hampa dua ni.Kat dua bulan ada la jugak.Hampa dua hilang pi mana?" soal Adib yang memang terkenal sebagai Pak Cik Bawang.
“ Kami dua orang tak dak kes kami kena pi Plkn hari tu.Ni kami baru balik ja.Awat hang rindu kami ka Adib?" Mikayla dah buat perangai serkap jarang dia.
“Betoi tu ,Adib.Takkan hang rindu kami kot?” sokong Mikail.
“Tak dak pasai aihh..Buat pa aku nak rindu hampa.Hampa ingat aku ni geng kunyit ka?sangkal Adib .
Sebenarnya diorang ni langsung tak tahu yang Mikayla ni sebenarnya perempuan .Disebabkan itu la mereka memanggilnya Iman.
“ Weh hampa nak join dak race malam ni?soal Syafiq.
“ Aku on ja" Mikayla terus bersetuju tanpa banyak soal.Dia memang dah lama ketagih nak racing balik.Sewaktu berada di Plkn dia dan Mikail langsung tidak boleh menungang motorsikal.
“Aku pun on ja..Lama dah tak racing ni" Mikail turut mengikut jejak langkah kakaknya.
“Tunggu pa lagi,jom laa.Tak sabaq nak race dah ni." suara Adib mula meriuhkan suasana yang dah memang sedia riuh.
“ Jom ar! Kalah jangan duk reyau pulak" kutuk Syafiq.
Masing-masing mula mengambil tempat di garisan permulaan.
“Set 1..2..3..Go"masing- masing mula memecutkan motorsikal mereka.
Ketika hampir dengan garisan penamat ,kelihatan dari jauh Mikayla semakin menghampiri.Diikuti pula dengan Mikail,Adib,Syafiq dan beberapa orang lagi.
Ketika semakin hampir dengan garisan penamat ,mereka menambahkan pecutan moto masing-masing,dan akhirnya kemenangan lumba haram itu berpihak kepada Mikayla.Yala,lumba haram la kan? Takkan la lumba halal pulak,dah terang- terang deoa race di tempat yang salah.Kalau mati pun ,memang sah- sah masuk neraka punya sebab bunuh diri sendiri.
“Wei Iman,hang memang champion ar.Lama hang tak racing pun boleh duk menang lagi noh." puji Adib.
“ Mesti la,ni Iman kot."Mikayla dah tayang muka riak.Siap boleh terbayang lagu we are the champion tu di telinganya.
“ Woi blah wei..Polis on the way nak mai sini" laung satu suara.
‘Alahai potong betul la..Aku baru ja nak riak melebih!' bebel Mikayla dalam hati.
Dengar ja polis nak mai serbu tempat melepak diorang,terus masing- masing memecut moto mereka.Nanti tak pasal -pasal tidur dalam tirai besi.Elok baru nak nikmati hidup bebas selepas keluar Plkn dah nak kena masuk lokap pulak .
Ingatkan bila polis dah serbu tempat racing diorang,diorang blah la balik ke rumah masing-masing.Tapi rupanya tidak,boleh pulak mereka melepak dekat kedai mamk tengok bola sepak Real Maldrid vs Barcalona.
“ Hai" seorang gadis menegur Mikayla.Body dia memang kalau lelaki tengok memang tergugat la jugak iman tu.
“ Hai" Mikayla balas nak tak nak ja.
Dalam hati duk kata dah‘ apalah perempuan ni nak pun tak tau.sorry la wei ,aku tak minat kaum sejenis!'
“ I nak mintak number fon you boleh tak?" perempuan tu siap kenyit mata kat Mikayla lagi.
Mikayla yang tengok perangai miang perempuan ni rasa macam nak bagi kaki ja.Rasa macam nak sepak bagi masuk kuboq terus ja.
“ Wei geng ,ada awek mintak number Iman la...wuuuu" Shafiq dah mula buat riuh mulut murai dia tu.
“Apa lagi Iman ,bagi ar" Adib pula masuk jarum menambahkan lagi bengang Mikayla.
Perempuan tu pulak,Mikayla tengok macam tak ada maruah ja,boleh pula duk tersengih-sengih macam siput gondang !
“ Nak number aku ka ? Sorry la der,aku tak bagi number aku dekat orang yang aku tak kenai! "
“WOW". Mikail memang dah menyangka pun jawapan yang akan keluar dari mulut kakaknya .
“ Hei,hang ingat hang handsome sangat dah ka?Sampai nak jual mahai sangat.Hang ni lelaki yang paling bodoh yang pernah aku jumpa!Hang ingat aku hairan kalau hang tak mau bagi number hang kat aq.Perempuan secantik aku ni ,sekali petik ja berderet lelaki yang mai!" marah perempuan itu akibat direject oleh Mikayla.
“Wei Banana!! Hang ingat hang segak sangat ka? Sampai sekali petik semua laki mai dekat hang !Berangan jela.Kalau betulla hang try petik tengok , aku nak tengok berapa laki mai kat hang” Mikayla menghamburkan kemarahanya.
“What ! Kau panggil aku Banana!"
“Yes,aku panggil hang Banana,awat?"
“Apa masalah hang duk panggil aku banana,hah?" soal perempuan itu tak puas hati.
“ Sebab hang ni ibarat pisang!Bila dah ramai sentuh hang sampai dah lunyai,tak dak sapa nak makan hang lagi,sebab tu aku ibaratkan hang pisang!"perh ayat masuk kuboq Mikayla ni bagi,mendalam gila doh.
“Hang ni!!!!" perempuan itu menampar topi yang dipakai Mikayla sehingga terpelanting topi itu.
Suasana di situ ,tiba- tiba menjadi sunyi sepi ibarat melawat tapak perkuburan.Semua terperanjat dengan apa yang baru dilihat oleh mereka sebentar tadi .
Mana tak terkejutnya apabila,Iman yang selama ini mereka kenal rupanya perempuan dengan rambut yang panjang sehingga ke pinggang.
“Iman,hang...Hang perempuan ka?" tanya Adib dengan muka yang terkejut .
Punya la pakat terpegun dengan kecantikan Mikayla.Ditambah lagi waktu rambut Mikayla jatuh tadi ala-ala iklan syampo gitu.
“Ha ,memang aku perempuan pon!Sebab tu la aku reject permpuan ni!" Mikayla menunding jarinya ke arah perempuan siput gondang tu.
“ Wow tak sangka yang hang ni perempuan rupanya.Kau jadi macam ni sebab apa? Kurang kasih sayang ka,hah?" sinis sahaja kata- kata perempuan siput gondang itu memerli Mikyala.
“Sapa cakap dia kurang kasih sayang? Dia tak pernah pun kurang kasih sayang.Aku boleh bagi kasih sayang yang melimpah ruah berbanding apa yang kau dapat!" Mikail membela kakaknya.
“ Buktikkan" cabar perempuan siput godang tu.
“Ok" selepas itu Mikail terus mencium pipi kakaknya.“Kakak,Mika sayang sangat dekat kakak.Mika tak akan biaq sapa pun sakitkan kakak! Sebab Mika sayang sangat dekat kakak Mika ni.Mika hanya ada kakak ja.
Kasih sayang yang kakak dah bagi Mika selama ni sangat berharga dekat Mika ." Mikail memeluk kakaknya,Mikyla.
“ Kakak pun sayang sangat dekat Mika" mikayla membalas pelukan adiknya.Dia cuba menahan air matanya dari jatuh ke pipi.
Adib dan rakan-rakannya yang memang tahu pasal kisah hidup dua kembar itu turut terasa dengan keadaan ini.Jangan ingat Mat moto tak dak perasaan ok!.
“ Walaupun hampa tak dak mak ayah cam orang lain,tapi hampa ada kami ! Kita kan adik beradik!We are family!" Adib dan yang lain terus memeluk Mikail.
Mikayla hanya menjadi pemerhati .Memang dari dulu lagi dia menjaga batasnya walaupun sikapnya yang macam lelaki.Dan dia tahu rakannya yang lain juga tahu pasal hal itu.
Kini barulah Adib dan rakan-rakannya faham mengapa Mikayla selalu menjaga batas dia walaupun mereka semua lelaki.Sebelum ni mereka semua dah tersalah faham terhadap Mikayla dengan menyangka Mikayla ni geng kunyit.
“Please la jangan duk buat drama depan aku! " perempuan siput gondang bersuara.
“Wei banana,hang boleh blah dari sini!Hang tak diperlukan disini" Syafiq menghalau perempuan siput gondang dari situ.
Siput gondang tu punya la malu sampai merah menyala muka dia,sikit ja lagi nak terkeluar asap kut telinganya.
Dengan terkedek-kedek siput gondang itu berlalu meningalkan mereka.Jelas membara kemarahan di wajahnya.Sikit ja lagi nak bersepai muka tu akibat terlalu panas.
Mikayla dan geng-gengnya ketawa berdekah-dekah melihat siput gondang itu.
“ Syok hampa gelak dekat banana tu noh!"kutuk Mikayla.
“ Hang yang mula dulu ,Iman" Adib menyalahkan Mikwyla atas keriuhan yang berlaku.
“ Whatever .." Mikayla buat muka malas nk ambik port.
“ Weh,hang tak habaq pun kat kami yang hang ni perempuan?" Syafiq sudah memulakan program Pak Cik Bawangnya.
“Saja.Kalau aku habaq aku ni girl ,aku takut nanti hampa falling in love dekat aku pulak.
Maklumlah orang comey macam aku ni memang ramai orang berkenan"Mikayla mengerdikan matanya.BAJET COMEL!
Syafiq yang menyampah gila tengok Mikayla buat muka macam tu terus buat macam ala orang nak terjatuh kerusi sebab terkejut.
“Menyampahnya giler tite tengok" Shafiq dah mula ikut rentak Mikayla.
Umum memang mengetahui,selain dari Mikayla dan Mikail yang merupakan manusia yang paling loyar buruk,Syafiq juga tergolong didalamnya.
“ Iya? Siannya tite tengok dia" Mikayla tayang muka simpati.
“ Hmmmm,terkejut tau tite tengok muka mummy macam tu,buruk sangat!" kutuk Syafiq.
“ Ada nampak Mummy happy?"Mikayla sudah buat muka ala-ala mak anak sepuluh.Siap cekak pingang lagi.
“ Dah...Dah,hang tak payah duk buat muka macam mak anak sepuluh.Muka hang tak sesuai pun kadi mummy !" Adib meleraikan pertengkaran manja antara Mikayla dan Syafiq.
“ Kurang ajaq! Muka punya cun macam ni hang kata tak layak jadi mummy?"
“Dak la ,Iman.Muka hang tu,nampak sangat macam budak-budak hang tau dak.Kalau hang kata hang anak sorang pun orang tak caya"Adib membetulkan fahaman Mikayla.
“Tak pa,kalau macam tu tahun depan kalu aku ada anak,hampa jangan nak mai tengok anak aku pulak"
“ Eleh,macam la hang nak kahwin tahun ni Iman.Sapa la yang nak kat hang?" kutuk Syafiq.
“Hang la!sapa lagi? Aku tau hang syok dekat aku kan?
“ Perh...perasan gila hang wei !" Shafiq dah buat muka tak boleh blah.
“ Wei Iman,aku cabar hang,kalau hang boleh dapat anak tahun depan,aku bagi Rm1000 kat hang" cabar Adib.
“ Haa betoi tu.Kalau hang tak kahwin macam mana hang nak dapat anak ?Ada ka orang nak kat hang ?"sinis sahaja kata-kata Syakir adiknya si Syafiq.Adik beradik mulut sama sahaja.
“ Hampa bagi kat aku dua bulan ja.Mesti nanti aku kahwin punya.Tak caya hampa tengok la!" Mikyala mempertahankan tekadnya.
“ Ok,kami tunggu" sahut rakan-rakannya yang lain.
Share this novel