BAB 4

Romance Completed 4302

Tatiana terkedu seketika apabila mendengar arahan daripada Mr. Low itu. Aduh, kenapa la masa ni kau nak bagi kat aku. Dah tu tak ada orang lain ke. Habis la aku, panjang lagi la muncung si Am tu nanti.

“Tatiana ?”

Mendengarkan namanya dipanggil, Tatiana mula tersedar.

“Ok Mr. Low. No problem. I’ll settle this one”

“Ok, thanks. Remember, 3 p.m., on my desk”, ujar Mr. Low seraya berlalu pergi.

Tatiana mula mencapai telefon bimbitnya di dalam beg tangannya dan mendail nombor Aminin.

“Hello Tati. Tati dekat mana? Am dah on the way ni”

“Hmm...Am..”, Tati mula berasa serba salah untuk memberitahu Aminin.

“Kenapa Tati ?”

“I think I can’t make it for today. Kita tak boleh lunch sama-sama hari ini. Bos Tati minta Tati siapkan kerja as soon as possible. So, Tati rasa, Am kena makan sorang-sorang je hari ni.”

“Tati...Tati kan dah janji nak makan dengan Am”

Dia dah mula dah. Arghh...mahu saja aku ketuk kepala mamat ni sorang, merajuk tak sudah, cemburu tak bertempat.

“I’m so sorry Am. Tati betul-betul tak boleh. Malam nanti kita dinner sama-sama”, Tatiana mengajukan cadangan untuk memujuk hati Aminin. Tetapi Aminin hanya diam membisu tanpa berkata apa-apa kepada Tatiana.

“Am dengar tak cakap Tati ni?”, Tatiana mula rimas dengan kebisuan Aminin.

“Suka hati Am la ya. Sekarang ni, Tati kena siapkan kerja Tati dulu. Dinner malam ni, it’s up to you sama ada nak atau tak,ok? Assalamualaikum”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience