BAB 11

Romance Completed 4302

“Aminin ! Kenapa ni? Dah gila ke apa. Tati dah kata, Tati tak kenal pun dia. Tati tolong anak dia je!” suara Tatiana turut meninggi. Aminin hanya mendiamkan diri sambil memendang tajam ke arah Tatiana.

“Am tak nak dengar cakap Tati sudah la.Tadi Am dah janji tak nak berperangai macam ni. Tapi Am buat juga. Ini yang Tati tak suka tahu” tetapi Aminin tetap juga kaku seperti sebelumnya.

“Sudahlah, Tati balik dulu, malas nak layan Am” Tatiana kemudiannya berlalu pergi.

Aminin pula hanya membiarkan Tatiana pergi kerana rasa cemburunya. Dia kemudiannya memandang sekilas ke arah lelaki tersebut dan berlalu pergi. Lelaki tersebut hanya terpinga-pinga melihat pergaduhan pasangan tersebut.

Sudah hampir dua minggu perang dingin di antara Tatiana dan Aminin berlanjutan. Aminin yang pada mulanya berasa marah dengan Tatiana akhirnya menyedari kesalahannya dan cuba untuk menghubungi Tatiana. Namun, Tatiana tidak menjawab sebarang panggilan daripada Aminin bahkan ketika Aminin datang menemuinya di rumah juga, dia enggan bertemu dengan Aminin. Aminin semakin resah dengan keadaan tersebut dan mengambil keputusan meminta pertolongan daripada Shahira, teman serumah Tatiana.

“Shahira, kau kena tolong aku. Aku nak cakap dengan Tati” Aminin merayu kepada Shahira. Shahira hanya menggelengkan kepala melihat Aminin.

“Itulah kau, yang engkau cemburu buta sangat tu kenapa?” dalam hati dia marah dengan sikap Aminin yang cemburu tidak bertempat.

“Lepas tu pula, bukannya nak telefon awal-awal minta maaf, tunggu berhari-hari”

Aminin yang mendengar kata-kata Shahira hanya menunduk. Dia sedar perasaan marah ditambah lagi dengan sifat rajuknya itu yang membuatkan dia tidak mengambil endah akan perkara tersebut. Sangkanya, hubungannya dengan Tatiana akan kembali pulih. Namun, lain pula jadinya apabila KTati pula yang merajuk dan marah akan sikapnya itu.

“Aku tahu aku salah. Aku nak jumpa Tatiana ni sebab nak minta maaf la. Tapi dia tak nak, telefon pun tak nak angkat”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience