BAB 2

Romance Completed 4302

“Assalamualaikum cik abang oi. Kut ya pun nak tanya bagi la salam dulu, tak pun jemput duduk ke dulu. Tak menyempat-nyempat”

Aminin yang terasa disindir oleh Tatiana terus diam dan hanya menjawab salam dengan perlahan.

“Ha! Mula la tu nak merajuk lagi. Tegur sikit pun tak boleh”

Aminin tetap kaku tanpa sebarang kata dek kerana terasa dengan sindiran Tatiana itu.

Tatiana hanya menggelengkan kepala mengenangkan sikap teman lelakinya itu.

Ish, merajuk lagi. Sensitif betul la pakwe aku ni sorang. Tahu la anak bongsu and the one and only son. Kenapa la aku boleh terpikat dekat kau ni dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni. Aku sendiri pun musykil.

“Dah la tu, jom la kita pergi, nanti terlepas pula cerita yang kita nak tengok tu”

Tatiana mula mencari jalan untuk mengembalikan mood. Aminin yang mendengar kata-kata Tatiana tersenyum dan mula bangun sambil mencapai tangan Tatiana. Mereka kemudiannya berjalan meninggalkan cafe tersebut.

“Assalamualaikum”

“Wa’alaikumussalam. Ha Tati, lambat kau balik? Tadi kalau tak silap aku, kau kata nak keluar sekejap saja. Syok dating dengan Aminin ?”, Shahira tersengih-sengih sambil memerhatikan langkah Tatiana. Dia kemudiannya meneruskan kata-katanya lagi.

“Abang sayang tak merajuk atau berjauh hati ke kali ini?”

Mendengar kata-kata Shahira itu, Tatiana mula menunjukkan mimik muka yang menunjukkan ketidakpuasan hatinya.

“Kau tahu? Ibarat terbalik la dunia ni kalau si Aminin tu tak jealous atau merajuk”

“Kali ini apa kes pula?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience