BAB 10

Romance Completed 4302

Tatiana yang mendengar kata-kata lelaki tersebut hanya menganguk-angguk. Tiba-tiba lelaki tersebut menghulurkan salah satu aiskrim yang berada ditangannya kepada Tatiana.

“Ini tanda terima kasih kerana menolong anak saya”

Tatiana yang terkejut dengan tindakan tiba-tiba lelaki tersebut hanya memandang ke arahnya. Lelaki itu kemudiannya hanya tersenyum dan mengisyaratkan agar Tatiana mengambilnya. Tatiana kemudiannya turut tersenyum dan mengambil aiskrim yang dihulurkan kepadanya.

“Terima kasih Kak Tati” kanak-kanak itu akhirnya bersuara. Tatiana tergelak kecil dengan telatah kanak-kanak tersebut.

“Tatiana !”

Tatiana berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. Dari jauh, Aminin berjalan ke arahnya dan daripada raut wajahnya jelas menunjukkan kemarahan.

“Siapa lelaki ni?” suara Aminin meninggi. Setelah pulang daripada membeli roti, hatinya menjadi panas apabila melihat Tatiana ketawa mesra dengan seorang lelaki. Tatiana pula terkejut dengan sikap Aminin dan mula menyedari bahawa penyakit cemburu Aminin telah datang kembali.

“Am, apa ni? Tati cuma tolong anak dia. Tati tak kenal pun dengan dia ni” Tatiana cuba menjelaskan keadaan.

“Tak kenal? Am tengok Tati mesra semacam aje. Siap belanja aiskrim lagi kat Tati”

Tatiana mula resah dengan perangai Aminin. Dia juga malu dengan lelaki dan kanak-kanak yang ditolongnya sebentar tadi. Lelaki tersebut kemudiannya cuba menjelaskan kepada Aminin.

“Encik, sabar encik. Saya tak kenal pun dengan dia. Dia cuma...”

“Arghh..kau senyap!” suara Aminin semakin meninggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience