BAB 13

Romance Completed 4302

“Shahira, jom kita pergi kedai tu, aku nak cari baju la kat situ”

“Ha? Apa dia Tati ? Aku tak dengar” Shahira cepat-cepat memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya.

“Aku ajak pergi kedai sana tu. Aku nak cari baju. Kau ni kenapa? Gelabah semacam aja. Kau mesej dengan siapa tu?” Tatiana hairan dengan sikap Shahira.

“Tak ada siapa-siapa. Kawan kat pejabat tu. Ha, jomlah kita pergi” Shahira melangkah ke arah kedai yang ditunjukkan Tatiana. Di sana, Tatiana mencuba beberapa pakaian. Shahira pula hanya memerhatikan keadaan sekitar.

“Shahira, kau rasa baju ni sesuai tak untuk aku?”

Shahira melihat ke arah Tatiana yang sedang menggayakan baju berwarna biru laut di hadapan cermin. Dia kemudiannya hanya mengangguk-angguk ke arah Tatiana tanda setuju dengan pilihan Tatiana.

“Kalau yang ni pula?” baju berwarna hijau muda yang mempunyai corak bunga-bunga kecil pula diletakkan di badannya. Sekali lagi Shahira hanya mengangguk-angguk.

Tatiana geram dengan Shahira yang dirasakan langsung tidak membantu. Dia kemudiannya sengaja memilih baju yang dirasakan tidak sesuai dengannya dan bertanya sekali lagi kepada Shahira. Shahira yang tidak memberikan perhatian langsung hanya mengangguk sekali lagi kepada Tatiana.

“Shahira, apa ni? Semuanya kau angguk. Tak membantu langsung la kau ni. Kau macam tak seronok aja shopping dengan aku, kalau macam ni, jomlah kita balik”

Mendengarkan kata-kata Tatiana itu, Shahira menggelabah seketika.

“Eh, tak payahlah balik. Okey la, aku minta maaf. Bak sini aku tengok baju yang kau tunjuk tu”

Tatiana kehairanan melihat tingkah Shahira namun dibiarkannya sahaja kerana baginya mungkin Shahira mempunyai masaalah yang tak nak dikongsi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience