BAB 14

Romance Completed 4302

“Assalamualaikum”

Tatiana terkejut saat mendengarkan suara yang dirasakan amat dikenalinya. Apabila Tatiana berpusing untuk melihat pemilik suara berkenaan, ternyata jangkaanya tepat.

“Am! Apa Am buat kat sini?”

“Cari Tati” Aminin menjawab dengan ringkas sambil tersenyum.

“Macam mana Am tahu Tati ada kat sini?”

“Am ada spy”

Tatiana kemudiannya mengerutkan dahi. Dia berfikir sejenak dan mengalihkan pendangannya ke arah Shahira.

“Shahira....”

“Tati, sorry sangat-sangat. Tapi Aminin beria-ria sangat nak jumpa dengan kau. Itulah sebabnya aku beritahu Am kita ada dekat mana”

“Tati, janganlah marah Shahira. Am yang paksa Shahira tolong Am. Am betul-betul nak jumpa Tati”

Tatiana hanya diam memandang kedua-duanya. Dia sebenarnya tidak marahkan Faziah kerana dia tahu Shahira hanya ingin menolong mereka berdua.

“Ada apa nak jumpa Tati ?” Tatiana masih lagi menunjukkan riak wajah yang selamba.

“We need to talk. Please, Tati”

“We are talking right now” Tatiana masih ingin bermain tarik tali dengan Aminin. Dia ingin menguji sejauh mana Aminin mahu mencuba memujuknya. Aminin melepaskan keluhan kecil. Dia merasakan Tatiana masih marah kepadanya.

“Tati, please, janganlah macam ni, kita kena berbincang, please my dear”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience