BAB 6

Romance Completed 4302

“Am, kalau dengan mak dan kakak-kakak Am, Am nak merajuk tak apalah juga. Ini dengan Tati. Dibuatnya Tati hilang sabar lari tinggalkan Am baru tahu”

“Mak...apa ni. Am tengah cakap pasal lain, mak cakap pasal lain pula”, sekali lagi Aminin mula menarik muka. Tidak puas hati dengan apa yang diucapkan oleh emaknya.

“Betullah. Aminin ni kuat sangat merajuk tambah pula dengan kuat cemburu. Kalau mak, dah lama mak lari. Tak nak layan perangai Am ni. Mujurlah Tatiana tu sabar orangnya”

Di dalam hati, emak Aminin senang melihat Aminin berkawan dengan Tatiana. Walaupun Tatiana seorang yang cantik, dia tidak sombong dan sabar melayan karenah Aminin.

Aminin hanya mendiam diri memikirkan kata-kata emaknya. Dia juga risau jika perkara itu berlaku.

Pada keesokannya, Aminin mula menghubungi Tatiana. Memandangkan hari ini adalah cuti hujung minggu, dia ingin mengajak Tatiana berjalan-jalan di samping berbaik-baik semula dengan Tatiana selepas kejadian semalam.

“Hello Tati. Am ni”

“Ya. Ada apa?” Tati menjawab dengan malas. Didalam hatinya sempat lagi mengomel dengan sikap Aminin. Telefon juga kat aku akhirnya, ingatkan nak merajuk samapai berbulan-bulan. Ini kalau aku tak angkat, sambung lagi rajuk tu.

“Am nak ajak Tati keluar jalan-jalan. Hari ni kan cuti, jom la”, Aminin berkata dalam nada yang riang.

“Hmm...boleh...tapi dengan syarat”

Tatkala mendengar kata-kata Tatiana, Aminin mula pelik.

“Syarat? Syarat apa?”

“Nanti kalau ada apa-apa, Am tak boleh merajuk ataupun cemburu. Rimas Tati kalu Am selalu macam tu”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience