BAB 5

Romance Completed 4302

Tatiana kemudiannya mematikan panggilan. Baginya, biarlah Aminin merajuk dahulu buat sementara kerana dia harus menyiapkan kerjanya terlebih dahulu daripada berterusan memujuk Aminin.

Aminin pula berkecil hati dengan Tatiana. Dia lantas mengambil keputusan untuk berpatah balik ke tempat kerjanya. Seleranya mati tiba-tiba untuk menikmati makan tengah hari.

Di rumah, Aminin hanya memandang ke arah telefon bimbitnya yang sudah berkali-kali berdering minta diangkat. Dia sengaja tidak mengendahkan panggilan daripada Tatiana dan membuat keputusan untuk tidak makan malam bersama Tatiana.

“Kenapa tak diangkat telefon tu? Sakit telinga mak dengar. Asyik berbunyi saja”

Aminin memandang ke arah emaknya yang semakin mendekatinya. Sejurus kemudian, bunyi deringan tiada lagi kedengaran.

“Siapa tu? Kenapa tak diangkat?”, emak Aminin mulai hairan dengan sikap anak terunanya itu.

“Tati,mak”, Aminin menjawab dengan ringkas.

“la...Tati. Habis tu, kenapa tak jawab?”

“Malas. Am merajuk dengan Tati. Dah janji nak lunch sama-sama, tapi tak jadi. Dah tu, terus letak telefon”

Emaknya hanya menggelengkan kepala dengan perangai Aminin. Walaupun dah berumur 26 tahun, perangainya masih lagi seperti budak berumur 6 tahun.

“Am ni kan, macam budak kecil. Ubah la perangai tu, Tati ada kerja la tu, tu yang dia tak dapat temankan Am”

Am hanya memakukan pandangannya kepada emaknya. Emaknya memang sukakan Tati, dan kini berpihak kepada Tati. Emaknya yang perasan dengan pandanganya hanya tersenyum. Merajuk la tu orang tak sokong dia tapi Tati. Aduh la anak bujang aku ni sorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience