BAB 11

Romance Completed 29591

“What? Korang jangan main-main! Kami dah tak nak percaya dah.” Puan Zakiah pura-pura merajuk. Begitu juga dengan Puan Khadihah.

“Betul tu. Haritu kata bff aje, kan?” Encik Zamarul mencelah.

“FYI, Hana dengan Zarm memang tak ada apa-apa hubungan apalagi perasaan. Tak terdetik di hati kami ni nak bercinta. We’re just friend forever! ” Puan Zakiah meniru ayat yang dikeluarkan oleh Hana tiga tahun lalu. Amboi, ingat lagi ya aunty?

“Itu dulu, ma. Sekarang lain. Zarm sedar yang Zarm tangkap cintan dengan Hana lebih daripada seorang sahabat.” Zarm berterus-terang.

“Betul tu papa. Hana pun baru je sedar yang Hana sukakan Zarm.. Masa dekat UK dulu, Hana rindu teramat pada Zarm. Dari situ Hana sedar yang Dania tak boleh hidup tanpa mamat bernama Zarm ni disisi.”

“Masa Zarm tengok Hana dengan Harry ni macam pasangan bercinta, Zarm rasa cemburu. Barulah Zarm faham, yang Zarm dah jatuh cinta dekat anak aunty!” kata Zarm kepada Puan Khadijah dan Encik Bakar.

Dengan tidak semena-mena, Puan Khadijah memeluk Puan Zakiah.

“Zak! Aku tak sangka, aku dengan kau akhirnya berbesan juga!”

“Betul tu Eja!! Haih senangnya dalam hati bila dengar anak kita ni dah jatuh cinta!”

Encik Zamarul dan Encik Bakar hanya mampu menggelengkan kepala melihatkan telatah isteri mereka. Jauh di sudut hatinya, dia berasa gembira sekali mendengar khabar ini.

“Alhamdulillah! Bila nak buat majlisnya?” Soal Encik Bakar.

“Amboi, tak sabar pula ya papa?”

“Hah! Lagi cepat, lagi bagus! Kamu berdua ni pun dah lama kenal, kan?”

“Hmm.. Okey. Malam ni kita bincang. Kita kumpul di rumah Encik Zamarul, yelah orang lelaki kenalah datang merisik.” Cadang Encik Bakar.

‘’Yabedabedu!!!’’ jerit Zarm sekaligus membuatkan semua mereka tergelak.

**********************

“Hanalily, I love you!” Bisik Zarm.

“I love you too!” Balas Hana.

“Dua je? Tak boleh jadi. I love you threebalas Zarm pula.

“I love you four five, six, seven, eight..”

“Argh! I love you one hundred, billion, 2.6 million.. Puas hati?”

“Okey, stop! Dua menang!” Hana letih mahu bertikam lidah dengan Zarm.

“Hehe.. Saya gurau je lah!” Zarm mencuit hidung Hana.

Zarm menyandarkan belakangnya pada kerusi malas berkembar, Hana memandang Zarm sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin malam.

Mereka berdua memandang langit yang dipenuhi dengan kerlipan bintang.

Tika ini baik Zarm dan Hana, mereka teringat pada pertaruhan cinta yang mereka mainkan. Semua itu terlalu manis untuk dikenang dan akan terus terpahat dalam lipatan memori mereka.

“Hana, nanti bila kita dapat anak cucu cicit nanti kita cerita dekat mereka, eh?” bisik Zarm.

“Ya kisah kita ini akan kita simpan kemas, akan menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan, dan kita akan ceritakan bagaimana setiap kali kita bertaruh, berpisah kita tak pernnah berhenti untuk bermula semula, bermula untuk mencintai again and again…’’ jawab Hana lembut

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience