BAB 6

Romance Completed 29591

“Hah! Macammana melting tak tengok kebahagiaan kami berdua?” tanya Hana sambil mengelip-ngelipkan mata cuba membuat aksi comel di hadapan Zarm.

“Eh biasa je aku tengok, tak sweet manapun macam level slot drama TV3 tu je!” Balas Zarm acuh tak acuh. Entah kenapa perasaannya rasa lain macam bila melihat kemesraan di antara Hana dan Harry.

“Huh! Sweetlah tu, Kami memang ada tarIkan Chemistry yang sangat kuat, double H katakan, Hana dan Harry, elehh Cakap sajalah jealous!” Hana mula memuncungkan bibirnya.

“Tak kuasa aku nak jeles jeles ni, Come on lah!. Aku Citra jauh lagi romantik!”

“Citra? Siapa tu? Oh.. Girlfriend kau ke? ‘’ tanya Hana.

Zarm mengangguk. “Dia cakap dia nak datang rumah aku petang ni. Bolehlah kau tengok dia nanti.”

Hana mengangguk tanpa kata tanda setuju. Satu perasaan perit seakan menekan-nekan hatinya.

“Balik Malaysia ni rasa bosan pula, Hana apakata kita betting lagi nak?” Zarm memecahkan kesunyian.

“Fine! Apa rules pertaruhan kita kita kali ni pula?”

“Jom kita lawan, pasangan mana yang paling sweet dan romantik , dia akan menang! Amacam?’’ tanya Zarm teruja.

“Awat kacang sangat game ni, sah-sahlah aku dan Harry yang akan menang game ni, tengok kakilah bhai!’’ ujar Hana penuh yakin

“Oh please! Kau belum tengok aku dan Citra Riska lagi. Kalau kau tengok, mesti kau yang perempuan ni pun boleh jatuh hati punyalah!”

“Apasal pulak aku ni nak jatuh hati? Aku ni perempuanlah!”

“Ye lah. Jatuh hati dengan kecantikan si Citra tu. Even mak dan bibik aku pun terkebil-kebil tengok kejelitaannya, kalau nak dibandingkan kau dengan dia macam langit dan bumi, Aku rasa kau kalah lah!”

“Eleh! Macam Citra kau tu cantik sangat mengalahkan Miss World, as you can see Harry aku tu lagi handsome dari kau, dahlah kacukaan belanda, baik hati dan tak sombong, berbudi bahasa mommy and papa pun approved! Kalau nak dibandingkan dengan kau macam tanah di bumi yang kau pijak dengan langit ketujuh, kau tau tak?” Puji Hana seakan mahu membalas dendam. Tadi kau kata aku tak cantik, kan? Aku akan kata kau pun tak hensem!

“We’ll see.”

*****************************

Sebuah kereta hitam berkilat memacur perlahan lalu berhenti betul-betul di hadapan rumah Zarm yang bersebelahan dengan rumah Hana.

Hana yang kebetulan sedang membaca buku di balkoni rumah tidak berkelip matanya memandang gadis yang keluar dari kereta tersebut. Cantiknya! Eh taklah. Aku lagi cantik.

“Baby!” Sapa Zarm

“Honey! I miss you Hun!” Balas gadis itu. Oh, inilah yang dikatakan Citra Riska itu.

Hana hanya memerhatikan Zarm dan Citra yang sedang berbual mesra. Hana perasan, Zarm dan Hana sesekali memerhati ke arahnya.

“Oh lupa nak perkenalkan! Hana! Sini!” Laung Zarm memanggil Hana. Amboi, aku tahulah kau tengah excited kan? Tak payah la jerit sampai macam tu. Rumah kita sebelah je kot.

Hana berjalan ke arah mereka, dia berusaha mengukirkan senyuman dan bersalam dengan Citra. Wajah jelita Citra kelat tanpa sebarang senyuman.

“Citra my sweetheart, kenalkan ini kawan saya yang tiga suku yang saya selalu cakap tu. Nama dia Hana.” Hana mengetap bibir. Tiga suku kau kata? Kawan kau yang tiga suku nilah satu-satunya kawan yang sanggup bertahan dengan perangai berlagak dan ego kau tu. Daripada muka jerawat batu berubah ke wajah halus mulus kasanova kegilaan gadis-gadis seantero KL!

“Eh kau ni Zarm? Jangan percaya apa yang Zarm cakap tu Citra, dia ni merepek je. Oh ya Citra, nice to meet you.” Hana menjeling tajam ke arah Zarm namun Zarm membalas jelingan maut Hana dengan kerdipan mata yang manja!

“Jom masuk ke dalam.” Pelawa Zarmm. Dia melihat Hana masih tercegat di situ.

“Hana!! Kau tunggu apa lagi? Jomlah ikut aku!” Zarm menarik tangan Hana masuk ke dalam rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience