BAB 10

Romance Completed 29591

Zarm dan Hana menjadi diam semula sebaik sahaja Harry dan Citra keluar daripada restoran tersebut.

Hana resah

“Hana, kita sama-sama menang, sama-sama kalah!”

Hana mengerutkan dahi. “Kenapa pula?”

“Ye lah. Mula-mula, kita sama-sama menang sebab berjaya miliki seorang buah hati. Dan sama-sama kalah pula sebab kekasih kita masing-masing palsu.’’

Hana tunduk lalu tersenyum.

“Kenapa kau suruh Citra menyamar jadi kekasih kau? Sebab kau nak menang pertaruhan tu je?”

“Not really, Aku suruh dia menyamar sebab aku nak bagi kau cemburu. Itu je.”

Hana terkejut lalu berpaling menoleh Zarm. Matanya tidak berkelip memandang Zarm.

“Motif? Apahal kau nak bagi aku cemburu?”

“Haihh dia nit u pun tak faham-faham lagi. Sebab aku nak tahu, kau sukakan aku atau tak!”

Hana terlopong. Kali ni kedua kakinya menggeletar. Betul ke apa yang aku dengar ni?

“Jujur dengan aku, kau rindu aku tak masa kau dekat UK dulu?”

Hana menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Er.. rindu lah kot.”

“Hana, pleaselah aku serius ni! Aku kena pastikan sekarang ni”

“Ya! Ya! Aku rindu kau! Rindu sangat!’ Hana menekup mulutnya!

Zarm sudah melepaskan tawanya yang kuat. Dia puas hati dengan jawapan Hana “Kita seri lagi! Aku pun rindu kau setengah mati tahu tak?”

Hana tergamam. Keluh untuk berbicara. Dia pun rindu aku ke? Alahai.. aku tak bertepuk sebelah tanganlah rupanya!

“Ok! Fine! Kita sama-sama kalah!”

“Kalah pun tak kisahlah! Janji kita sama-sama rindu!” Zarm teruja diikuti dengan jelingan manjanya.

“Zarm, aku nak tanya boleh?”

‘’Tanya apa? Tanyalah…’’

‘’ selain Citra, kau ada girlfriend lagi tak?” Hana menyoal Zarm mahukan kepastian..

“Tak. Kan ke kita dah janji supaya setia pada yang satu?”

“Oh, kiranya kau setia dengan Citra lah?”ada bibit cemburu membenih di hatinya.

“Taklah. Aku setia dengan kau! Walaupun kau bukan girlfriend aku, kau tetap istimewa. Jadi, aku rasa aku lebih setia dekat kau!”

Hana terharu akan kata-kata Zarm.

“Aku rasa, kau pun setia dekat aku, kan?” Soal Zarm dengan lirikan mata yang nakal.

“Mana ada.”

“Tipu!!!”

Hana terpaksa mengalah.

“Ye lah! Aku setia dekat kau! Sebab aku cintakan kau!” Tanpa disedari laju saja perkataan itu diucap dari mulutnya.

Sudah pasti ego Zarm meninggi dan puas hati mendengarnya maka sakanlah dia diketawakan oleh Zarm

Ya, memang betul. Kuat sungguh Zarm ketawa. “Kita seri lagi! Aku pun cintakan kau!”

Hana tergamam. Yes, aku rupanya tidak bertepuk sebelah tangan! “Serius?”

“Serius, jom!”

“Pergi mana?”

“Pergi jumpa parents kita la.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience