BAB 5

Romance Completed 29591

Sepanjang tiga tahun mereka di luar negara, masing-masing tidak menghantar emel ataupun menelefon.

‘Rindunya! Aku rindu sangat nak usik kau hari-hari. Nak bagi kau marah. Aku suka tengok muka kau bila marah..’ Kata Zarm di dalam hati.

‘Call sahajalah! Tanya apa khabat dia.. Dah jumpa boyfriend dia dah ke belum.’ Zarm sudah mencapai telefon bimbitnya.

‘Wait! Kalau aku call dia, maknanya aku kalah! Oh, no way!’ Dia meletakkan semula telefon di atas meja.

‘Hana! Kau calllah aku! Aku cuma nak cakap aku menang game tu, aku dah jumpa girlfriend yang sesuai ni!’ Jerit hatinya lagi.

Dia hampa. Dia cuba melupakan Hana, kawan terbaiknya sejak kecil sepanjang dia berada di London.

‘Sabar, Zarm! Sabar! Tiga tahun aje, kan? Lepas ni bolehlah jumpa Hana balik!’

Sementara itu, Hana di UK pula…

‘Apasal dia tak call aku lagi ni? Penat aku tunggu! Sengaja nak bagi aku kalah lah tu!’ Hana mengomel sendirian.

‘Zarm kalau kau call aku, benda pertama aku cakap adalah aku menang! Aku menang dua-dua pertaruhan game tu! Satu sebab kau call aku. Satu lagi, sebab aku dah jumpa boyfriend yang aku cari! Dan aku akan setia pada boyfriend aku tu!

Hana hampa. ‘Sabar, Hanaa! Sabar! Tak lama pun. Lagipun kau dah ada Harry, kan? Lupakan ajelah si Zarm yang sengal tu!’

Hana tersenyum sendiri. Dia meneruskan kerjanya dengan senyuman riang.

***********************

Tiga tahun kemudian…

“Momy! Papa!!” Hana terus memeluk mereka.

“Hanaa, kenapa tak cakap Hana balik awal ni? Papa ingatkan Hana balik minggu depan. Boleh papa ambil dekat airport.”

“Tak apalah, papa. Hana sengaja nak buat suprise!” Kata Hana teruja.

“Oh ya? Hampir lupa, Sorry momy, Papa, Hana ada bawa ‘kawan’ balik ni, perkenalkan Harry Rahman,’’Hana memperkenalkan kawan istimewa yang sebaya dengannya.

“Saya Harry Rahman. Kawan istimewa kepada Hana.” Harry menyalami tangan Puan Khadijah dan Encik Zamarul.

Jelas terpamer seribu pertanyaan dan kejutan di wajah Puan Khadijah dan Encik Zamarull.

“Hah? Special friend? Amboi, Hana! Tak bagitahu momy dengan papa pun ya?”

Hana tersenyum kecil. “Hehe.. Sorry momy, saja nak buat kejutan.”

“Hmm.. Ye lah tu. Perangai kamu ni sama je lah dengan Zarm tu.” Kata-kata Puan Khadijah mengingatkan Hana kepada sahabat baiknya itu.

“Zarm dah balik ke mama?” Hanateruja. Inilah saat yang dinanti-nantikan.

“A’ah! Dia balik dua hari lepas.” Balas Encik Zamarul.

“Habistu, apa yang sama pulak? Dia balik pun dia tak bagitahu mak cik Zakiah ke?” Tanya Hana.

‘’Taklah, Zarrm pun balik tak bagitahu dia ada bawa kawan kekasih, korang berdua ni sama, berjanji ke? 2x5 perangai,’’ terang Puan Khadijah.

Hah? Hana terkesima.

“Lawa tak girlfriend dia, mama? Orang Malaysia ke orang putih or minah salleh celup?”

“Lawa? Lawa la kot macam pelakon sinetron. Cantik lagi anak mama ni. Orang Malaysia kacukan Indonesia kalau tak silap mama. Cuma girlfriend dia tu sebelum ni tinggal kat Melbourne.” Terang Puan Khadijah.

Sesekali dia memandang suaminya yang rancak berbual dengan Harry Rahman.

“Assalamualaikum! Uncle, Aunty” Sapa suatu suara yang cukup dirinduinya. Suara yang tidak berubah sejak tiga tahun yang lalu.

Zarm?

Dania meluru ke arah pintu. “Zarm?”

“Hana?”

“Tak sangka kau balik dari tarikh yang sepatutnya.’’

“Hmm.. Memang aku balik ikut tarikh la. Yang kau balik awal ni kenapa? Rindu aku, eh?”

Wajah Hana memerah. “Mana ada! Kau jangan memandai! Memang aku dah tamat study. So, aku baliklah! Lagipun, aku tak sabar sangat nak bagitahu yang aku dah menang!”

“Apa! Kau menang? Telinga aku ni macam gatal pula tiba-tiba padahal baru semalam korek, cuba kau ulang semula”

“Yup! Aku dah menang pertaruhan yang kita buat tiga tahun lepas!” Hana yakin dan teruja.

“Mana buktinya?”

“Buktinya, aku tak pernah call kau dan aku dah jumpa someone special yang aku cakap dekat kau dulu.”

“Amboiiii confident level kau sangatlah tinggi, Kak Nora bagi lima bintang! Aku pun tak call kau jugak, kan makcik? Dan aku pun dah jumpa jugak girlfriend yang aku idamkan tu. So?” seloroh Zarm sambil mengajuk mimic muka Nora Danish.

Hana terdiam dan mengakui ada betul apa yang dicakapkan oleh Zarm. Betul jugak ya? Maknanya dalam pertaruhan kami ni tiada menang tiada kalah, kami berdua seri.

“Haha! Ok fine! Kita seri!” Zarm gelak melihat wajah muncung Hana yang dah tak senang duduk.

Harry dari jauh memerhatikan saja kemesraan kekasihnya dengan lelaki yang menurutnya Zarm. Dia yakin itu adalah Zarm, sahabat baik yang selalu diceritakan saban hari oleh Hana.

“Hana, Zarm! Marilah masuk! Apa yang dibincangkan di tepi pintu tu?” Laung Puan Khadijah dari dalam rumah.

Mereka segera masuk ke dalam rumah.

“Oh, tinggal di Selangor ni juga? Tidak jauhlah rupanya kita ni,’’ Encik Zamarul berbual dengan Harryl.

“Ya, uncle. Saya masuk U yang sama dengan Hana. Kalau nak tahu kami berdua je pelajar dari Malaysia dalam jurusan tu. Sebab itulah kami rapat sikit.” Bicara Harry ramah dan sopan.

“Harry! Kenalkan, kawan saya.Zarm Multazam,’’ Hana memperkenalkan Harry Kepada Zarm lalu mereka pun berjabat tangan buat seketika.

“Kawan ke boyfriend?” Bisik Zarm kepada Hana.

“Mestilah boyfriend! Kawan saya tu cuma awak je.” Laju mulut Hana menepis membuatkan Zarm tersentak tanpa kata.

“Uncle, Auntie, saya balik dulu ya?” Harry. Dia mahu segera beredar mula berasa kurang selesa terhadap Zarm yang memandangnya tajam selain kemesraan antara Hana dan Zarm yang membuartkan matanya ‘sakit’.

“Okey! Ada masa terluang, datanglah sini lagi!” Balas Zamarul gembira.

“Jumpa lagi sayang!” Hana sengaja menekankan perkataan ‘sayang’. Biar Zarm tahu betapa mesra,real dan seriusnya hubungan antara dia dan Harry.

Mata Harry bersinar dan dia hany tersenyum malu. “Bye sayang!”

Encik Zamarul dan Puan Khadijah saling cuit-mencuit dan tersenyum gembira melihat telatah anak gadis mereka yang benar-benar dilamun cinta.

Zarm masih beridri di situ, merenung tajam kemesraan merpati dua sejoli itu,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience