BAB 2

Romance Completed 29591

“Happy birthday to you! Happy bithday to you! Happy birthday to Hana! Happy birthday to you!” Hana meniup lilin di atas kek hari jadinya. Semua yang berada di situ terus menepuk tangan.

Hana memotong kek dengan cermat. Setelah dipotong, dia menyuakan kek tersebut kepada papa dan mamanya. “Thanks, sayang. Happy birthday.” Puan Khadijah mengucup dahi satu-satunya anak perempuannya itu..

“ Nah chinguya! Ini untuk kau!” Hana menghulurkan sepotong kek kepada Zarm Multazam.

“Suapkan, please..” Zarm Multazam dengan suara manja yang sengaja dibuat-buat.

Hana mengecilkan matanya. “Hish! Mengada, kau jangan nak menggatal dengan aku ek!”

Dia mengambil secubit kek lalu disuapkan kepada Zarm Multazam. Tiba-tiba, muncul idea jahatnya. Dia menguis aising lalu menyapukan aising tersebut pada hidung dan pipi Zarm Multazam.

“Woiii Hana!!!” Zarm Multazam menjerit lantang. Geram dengan perlakuan Hana.

Keluarga Zarm Multazam yang turut hadir pada malam itu ketawa besar melihatkan kelakuan anak-anak mereka. Umur sahaja dah 23 tahun! Tapi perangai macam budak-budak. Ish.. ish..

“Nah, ambik kau!” Giliran Zarm Multazam pula menceletkan aising di muka Hana. Hana cuba mengelak namun gagal. Akhirnya, muka mereka sama-sama terkena aising.

“Hai.. Hana.. Hana.. Macam budak-budak je budak dua orang ni.” Kata Puan Khadijah kepada sahabatnya yang merupakan mama Zarm Multazam, Puan Zakiah.

“Itulah! Sepadan pula rasanya!”

“Zak…” Puan Khadijah mendekatkan dirinya dengan Puan Zakiah lalu membisik perlahan. “Kau tak rasa ke yang mereka ni saling suka sama suka?”

“Saling suka sama suka? Ya tak ya jugak kan? Aku pun rasa macam tu.”

“Haish! Tengah bergosip apa pulak ni?” Muncul Zamarul dan Encik Bakar dari belakang.

“Fasal anak-anak kita tu..” Khadijah memuncungkan bibirnya ke arah Hana dan Zarm Multazam yang rancak berbual. Mereka tidak sedar diperhatikan ibu bapa mereka.

“Kenapa pula?” Soal Encik Zamarul kepada isterinya.

“Sweet aje Ija tengok.” Puan Khadijah tersenyum.

“Hmm.. Ada-ada sajalah awak ni.” Kata Encik Zamarul sambil menyendukkan mi goreng ke dalam pinggan.

“Apa kata kalau kita satukan aje anak kita tu? Betul tak Zak?” Cadang Khadijah.

“Hah? Satukan? Wah! Idea menarik tu!” Puan Zakiah sudah beriak teruja. Dia memandang suaminya yang hanya dalam keadaan tenang.

“Kan? Macam mana pendapat bang?” Puan Khadijah bertanya kepada suaminya, Encik Zamarul.

“Abang tak tahu la nak kata apa. Tanya sajalah dekat tuan punya badan.” Ringkas sahaja jawapan Encik Zamarul.

“Betul tu.” Sokong Encik Hadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience