BAB 1

Romance Completed 29591

Pada saat ini apa yang dibebelkan oleh kedua-dua wanita dihadapanku ini ku anggap seperti dedaun dan bulu-bulu ayam yang beterbangan diudara dek dihembus angina bayu sepoi-sepoi bahasa.

Aku perlu kekal tenang, kerana buaya darat,kasanova, player seperti aku perlu kekal tenang dan terus berkarisma tinggi takut nanti kalau aku gelabah level kasanova aku ni sama tahap saja dengan mat rempit atau budak lepasan SPM baru bercinta yang sudah berjanji bulan dan bintang walhal seluar dalam berlubang-lubang hujung bulan mak bapak belikan.

Tidak aku perlu tenang. Ini bukan kali pertama untukku.

"Kita putus! Dasar playboy!” Gadis bertudung merah berpakaian dress merah hijau dan eyeshadow waena kuning emas yang ku lihat seperti lampu trafik menepuk meja dengan kuat.

“Now we’re break!” Kata gadis berambut perang bak besi karat pula. Dia berasa marah kerana terasa dirinya diduakan oleh orang yang dicintainya.

“Well.. I don’t care. Just go..” Kata-kata itu membuatkan kedua-dua gadis tadi merengus kasar lalu meningalkan taman bunga tersebut.

Zarm Multazam tersengih. Sedikit pun dia tidak berasa bersalah mahupun sedih kerana diputuskan hubungan dengan kedua gadis tadi.

Dia tidak risau kerana apabila petik sahaja jari, sepuluh gadis akan datang kepadanya menghulurkan salam perkenalan.

Hana yang sedang berehat di kolam yang tidak jauh dari Zarm Multazam terkejut dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Beberapa saat kemudian, dia melepaskan tawa. “Ambik, kau! Haha kan dah kantoi? Kiranya, kau kalah lah ya?”

Zarm Multazam terus tersengih. Kemudian, dia ketawa kecil. “Kantoi? Aku rasa bagus jugak kalau kantoi!”

Kenapa pula?” tanya Hana sambil mencebikkan bibir

“Aku rimas lah nak layan Mira dengan Anis tu! Terhegeh-hegeh! Dari layan mereka, baik aku layan kau!” seloroh Zarm

Hana mencebikkan bibir. “Eleh.. Aku tahulah kau dah kalah. Terima sajalah hakikat.”

“Kalah apa pula?” Zarm Multazam pura-pura berasa hairan.

“Kalah dalam pertaruhan kita ni! Haha!” Hana mula menyambung ketawanya kembali.

Muka Zarm Multazam sudah merah menahan marah. “Eh? Kalah? Hmm.. Aku rasa tak kot.”

“Kenapa pula? Dah la weh! Kalau kalah cakap ajelah kalah!” Hana tidak puas hati. Sahabatnya yang seorang ini memang susah nak mengaku kalah! Benci betul!

“Sebab aku ada ramai lagi. Hehe.. Kau ada?”

“Haa? Ish, ish! Kau ni memang hantu segala hantu buaya darat, dah parah dah kau ni. Aku rasa macam nak tulis novel ‘besfren aku hantu buaya darat.”

Zarm Multazam ketawa mendengarkan ayat dari sahabatnya itu. “Alah! Kiranya aku menang lagilah okey? Aku ada banyak lagi girlfriend kat luar sana tu. Kau? Seorang pun tak ada. 24 jam berkepit dengan aku je!”

24 jam berkepit dengan dia? Huish! Mana ada.

“Aku rasa, game yang kita buat ni aku menang. Betul tak?” Zarm Multazam menyoal Hana.

Hana berfikir sendiri. Okey, fine! Kau menang game tu! Sebab kau dapat pancing ramai perempuan kan? Sedangkan aku tidak! Ye lah, mana la ada lelaki nak dekat dengan aku sangat kalau nampak asyik berkawan dengan Zarm Multazam sahaja. Lagipun, aku bukannya cantik sangat.

“Tak baik tahu! Ada ramai girlfriend tapi kau tak serius pun!” Hana masih lagi dikuasai rasa tidak puas hati.

“Rilekslah! Dalam game tu, tak cakap pun kena serius masa bercinta ni, kan? Lagipun, aku bukannya suka sangat dekat perempuan semua tu. Mereka yang kacau aku! So, aku layankan je lah.” Balasnya selamba.

“Hmm.. Mungkin ramai lelaki yang tak nak dekat dengan aku sebab mereka ingat aku ni salah seorang girlfriend kau? Mereka ingat aku dah berpunya! Sebab tu mereka tak nak ganggu! Huargh!” Hana sudah menghentak kakinya seperti budak kecil.

“Hehe. Tak payah risau lah. Ramai tahu kau dengan aku cuma kawan je.”

Hana hanya mengeluh kecil. Mereka memang sahabat baik dari sekolah rendah.

Rumah pun bersebelahan. Di mana ada Zarm Multazam, di situ Hana Fathina sehinggakan ramai rakan sekolej mereka menyangka bahawa mereka pasangan bercinta.

“Apa kata kita buat pertaruhan cinta ni semula?” Cadang Hana.

“Kali ni pertaruhan yang macam mana pulak? Ke sama lagi?”

“Macam ni. Kau dengan aku kena cari seseorang untuk dijadikan teman istimewa. Siapa yang setia, dia menang. Tapi kan aku rasa kau akan kalah sebab kau susah nak setia.”

“Senang je tu! Setia ye? Okey! Aku setuju.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience