BAB 4

Romance Completed 29591

“Haishhh memang merepek! Aku tak sangka betullah! Akrab sangat ke kita ni sampai semua orang ingat kita bercinta?” Kata Zarm Multazam sebaik sahaja mereka keluar daripada rumah.

Zarm duduk di sebuah buaian bersebelahan Hana.

“Entah…” balas Hana acuh tak acuh. Dia ralit memerhatikan bunga-bungaan yang ditanam oleh mamanya di luar rumah.

“Kalau macam ni, susahlah aku nak ngorat gadis-gadis kat luar sana. Tak fasal-fasal mereka ingat kau dengan aku bercinta.”

“Kau ingat ya? Pertaruhan kedua kita? Setia pada yang satu tau!” Hana sudah memberi ingatan dan amaran kepada sahabatnya itu.

“Ingat. Aku tak lupalah lagilah, beb! Kau pun ingat sama tu!”

“Hmm.. Aku ingat aku nak cari orang dekat UK sana jadi boyfriend aku.” Hana tersenyum kecil. Tak sabar rasanya dia mahu berlepas ke UK minggu depan, untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

‘’UK MANA? Ulu Kelang?’’ perli Zarm berseloroh.

“Aku pun macam kau jugak. Masa aku study dekat London nanti, aku nak usha awek-awek cun mat salleh dekat sana! Bolehlah mama aku dapat menantu orang putih cucu bermata biru atau violet macam Elizabeth Taylor!” Zarm Multazam ketawa lagi.

“Hish! Ye lah tu!”

“Kau dah siap ke packing semua barang?” Soal Hana.

“Dah. Aku bukannya macam kau. Buat apa semuanya lambat. Angkut barang macam nak angkut satu rumah” Sempat pula dia mengutuk Hana.

“Kau ni kan? Tak buat aku marah memang tak sah!” Hana memuncungkan bibirnya. Tanda merajuk. Walhal dia lawak je.

“Haha. Janganlah marah Hana. Lepas ni aku tak boleh dah nak usik-usik kau.”

Hana terdiam mendengarkan ayat akhir daripada Zarm. Lepas ni dah tak boleh nak usik-usik dah? Tidak! Sunyilah hidupnya nanti.

Zarm juga berasa dirinya akan kehilangan seorang sahabat. Tempoh tiga tahun di London, bukanlah suatu tempoh yang singkat. Macam mana dia nak hidup tanpa gadis itu disisi? Dan manusia boleh berubah. Macammana kalau lepas ni Hana melupakannya, melupan segala pertaruhan mereka dan berkahwin, biasanya perempuan kalau lepas kahwin memang berubah secara total, maklumlah akan patuh pada suami.

“Hana..” Zarm bersuara perlahan.

“Apa dia?”

“Agak-agak kau rindu aku tak nanti?”

Hana tidak tahu nak beri jawapan apa. Mestilah aku rindu kau ngok! Sehari tak dengar suara kau pun dah buat aku resah. Kaulah satu-satunya sahabat aku,Zarm!

“Entahlah. Kau?”

“Entah? Hmm aku pun entahlah!”

‘Gila tak rindu kau nanti? Mestilah aku rindu Hana senget oii! Kau lah yang buat hidup aku ceria tau!’ Kata-kata itu cuma terlintas di dalam hatinya sahaja.

“Kita buat satu game nak tak?”

“Game apa lagi?”

“Ya. Kita tengok siapa yang akan rindu siapa nanti.”

“Maksud kau?”

“Macam ni, kita tak payah berutus emel, bertelefon ke apa ke waktu kita study di luar negara nanti. Contohnya, kalau kau rindu aku, terus kau telefon aku, maknanya kau kalah! Haa amacam? Okey tak game aku ni?”

“Okey! Aku setuju! Sure aku tak rindu kaulah!” Balas Zarm selamba. Walhal, dalam hati dia berdoa supaya dia tdak merindui gadis itu.

‘Rileks Zarm, rileks! Nanti kau jumpa girlfriend dekat sana, kau lupalah Hana ni nanti.’ Bisik hati kecil Zarm.

“Eleh! Cakap besar! Aku sure kau call aku nanti. Minta pendapat akulah, cadangan akulah.. Macam aku tak tau.” Hana sudah sedia maklum dengan sikap Zarm yang sukar menetukan keputusan diri sendiri.

Setiap perkara yang mahu dia lakukan, pasti dia akan merujuk kepada Hana terlebih dahulu.

“Ahh! Tak de, tak de! Aku janji aku tak call punyalah! Nanti kau yang akan call aku sebab nak tahu khabar aku. Betul tak? Lepastu, kau dikira kalah! Haha!”

Hana sudah menahan marah. “Huh! We’ll see.”

“Ok! Kita tengoklah nanti siapa yang rindukan siapa!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience