BAB 9

Romance Completed 29591

“Kau nampak tak apa yang aku nampak?” Zarm menyoal Hana namun matanya tidak beralih terhadap ‘objek’ yang dipandangnya.

“Nampak…” Begitu juga dengan Hana. Fokus sekali dia memandang ‘objek’ di hadapan mereka itu.

Mereka berdua terdiam.

“Zarm? Hana?” Citra dan Harry yang sedang menjamu selera itu terkejut akan kehadiran Zarm dan Hana.

“Korang buat apa kat sini?” Soal Citra. Dia merenggangkan dirinya daripada Harry.Wajahnya pula menjadi cemas.

“Kami yang sepatutnya tanya, buat korang berdua kat sini?” Zarm menekan nada suaranya berubah tegas.

“Er..” Harry dan Citra gugup diam seribu bahasa.

Hana memberikan jelingan tajam kepada Harry. Peluh jantan mula mengalir membasahi dahi Harry.

Zarm merenung Citra dengan pandangan yang cukup tajam persis Singa sedang menunggu masa untuk membaham mangsanya.

‘’Harap-harap mereka tak perasan kemesraan kami berdua tadi nak-nak lagi masa Harry suapkan aku tadi?’ Citra bermonolog sendiri.

“Zarm, give me a minute, I need to talk to him..” Kata Dania.

Zarm diam seketika lalu mengangguk. “Aku pun nak cakap sikit dengan Citra ni.”

Hana membawa Harry keluar berbincang manakala Zarm dan Citra kekal berada di restoran itu.

“Harry! Now can you explain it to me! What the hell is happening?! Apa yangg awak buat dengan Citra tadi? Saya agak dah, dari mula-mula kita berempat jumpa lagi saya dah syak ada sesuatu tak kena?”Hana mula bercekak pinggang, dia merasa maruahnya disiat-siat dan dipermainkan oleh lelaki bernama Harry yang duduk tunduk membisu tanpa kata dari tadi.

Hana geram melihat respon pasif Harry lalu dia mula meninggikan suara dan berkali-kali memanggil nama Harry. Hana benar-benar perlukan penjelasan.

“Shh! Janganlah cakap kuat-kuat! Orang dengar nanti! Okay Fine! Ya, memang saya dengan Citra dulu pernah jadi couple.’’ Hana cuba kekal tenang mendengar penjelasan Harry.

‘’Okay fine, saya boleh terima kalau korang pernah couple, okay saya cuba faham, tapi kalaupun korang berdua pernah couple takkan sampai sekarang ni pun makan kena bersuap-suap? Tak cukup lagi ke yang awak berahsia, tipu dan betray saya selama ni?’’ tanya Hana.

‘’Saya tiada niat untuk berahsia it just that saya tak rasa ia sesuai untuk dibincangkan memandangkan situasi kita berempat bit complicated. Trust me saya cuba mengelak tapi benda ni berlaku tanpa di duga,’’ sambung Harry lagi.

‘’What are you trying to say Harry,’’ tanya Hana kebingungan.

‘’Kami pernah bercinta dan pernah tinggal sama masa di UK. Macammna awak dan Zarm rapat, macam tulah saya dengan Citra, saya rasa awak mesti faham apa yang saya rasakan?’’ jelas Harry.

‘’Well as you can see saya memang rapat dengan Zarm tapi kami tidak sampai ke tahap jadi kekasih atau tinggal serumah. Hubungan kami memang jauh berbeza berbanding hubungan awak dengan Citra! Awak pun tahu kan?’’

‘’Okay! Saya tahu apa yang saya maksudkan keakraban kami sama macam awak dengan Zarm, kami dah pernah terpisah dan sekarang kami nak sambung balik hubungan kami yang terputus tengah jalan.” Kata-kata Harry seakan-akan menikam jantung Hana.

“Kenapa pulak putus tengah jalan?” Hana seakan berminat dengan cerita Harry.

“Dulu kami sama-sama belajar di Melbourne. Lepas tu, Citra kena pindah ke London atas desakan papanya. Kami terpaksa berpisah sekejap. Frust gila saya waktu tu!Tup-tup, saya jumpa awak.

Masa tu awak muncul dan suruh saya menyamar jadi boyfriend awak. Saya setuju je la sebab saya nak lupakan Citra. Tapi tak sangka yang kita dua mula menaruh perasaan”

Hana mengangguk faham. Walaupun hatinya pedih namun dia mampu memahami situasi yang berlaku sekarang. Rupanya mereka ni saling mengenali! Ceh!

Terdetik rasa simpati pada Harry. Memang asalnya dia mempergunakan Harry agar berlakon sebagai kekasih tapi siapa sangka dia juga akhirnya tewas dengan mainan perasaan. Tapi jauh di sudut hati harus diakui dia tidaklah seberapa serius dengan Harry. Perasaan sayangnya itu tidak mendalam.

Kesiannya aku dah gunakan Harry supaya jadi boyfriend aku! Dan Cintra pula, terperangkap dalam jerat percintaan bersegi-segi ini.

Zarm, kau dana k ni malang jugak ye! Rupanya kita berdua bercinta dengan kekasih orang! Haha!

“Hana, walaupun awak berjaya mencuri hati saya tapi saya masih cintakan Citra. Saya tak sanggup lagi nak menipu diri dan kehilangan Citra sekali lagi, lupakanlah pertaruhan antara awak dengan Zarm and why can’t you admit it that without realize all this while your heart belongs to one person and that person is Zarm,’’ pinta Harry cuba meraih simpati.

“Saya faham perasaan awak Maafkan saya, eh?”

“Terima kasih Hana, terima kasih.Tak mengapa. Saya faham situasi awak. Apakata nanti awak terus terang ajelah dengan Zarm ya?”

“Okey.” Hanaa terpaksa menerima hakikat yang dia kalah dalam pertaruhan yang diciptainya sendiri.

“Jadi awak dengan Harry dulu couple?”

“Control suara awak tu, saya tak mahu Hana dengar pula,’ ujar Citra.

“Kenapa awak tak beritahu saya dulu yang awak ni kekasih orang?”

“ Masa tu saya memang dah berpisah dengan Harry, saya memang frust and then you came out of nowhere minta saya jadi kekasih awak just for the sake of your betting with Hana. Dan untuk buat benda tu nampak real selama berbulan-bulan kita keluar. Saya mengaku yang saya ada tersuka kat awak tapi you’re so not my style, slow poke sangat, nak pegang tangan pun you gelabah.’’

‘’ Masa tu saya memang malaslah nak fikirkan pasal Harry ni. Saya jenis orang yang cepat move on Saya ingat dia dah lupakan saya. So, saya terima ajelah tawaran awak tu, tapi rupanya saya tak sedar yang saya masih perlukan Harry dan sakit hat melihat dia dengan Hana, saya sedar yang saya memang belum move on, no I just can’t live without Harry anymore,’’ jelas Citra lagi.

Hampir tiga tahun berpisah? Kemudian bertemu semula? Kisah mereka serupa macam kisah aku dengan Hana..

“Saya faham. Tak apalah, saya akui saya, dan walaupun awak ini antara wanita yang paling jelita pernah saya temui, saya dengan hati terbuka rela melepaskan awak pergi.” Sayu bicara Zarm.

“I’m sorry again.”

“Tak perlu sorry-sorry. Saya yang perlu sorry dekat awak sebab suruh awak menyamar jadi girlfriend saya. Sebab kepentingan saya, awak kena menyamar. Sorry ya,Citra?”

Citra mengangguk kemudia mula mengukir senyum. “Jom terangkan pada Hana.”

“Nak terangkan apa lagi? Semua dah jelas.” Kata Hana yang sedari tadi memerhati Zarm dan Citra dari belakang.

“Zarm, bodohkan kita ni? Sebab nak menang pertaruhan tu, kita sanggup curi kekasih orang untuk menyamar jadi kekasih kita kan?” Hana tergelak sendiri.

Mereka berempat ketawa. “Aku ingatkan aku seorang je. Kau pun sama!” Balas Zarm..

“You all ni memang sehati sejiwa lah!” kata Harry dan Citra serentak.

Hana dan Zarm saling berpandangan. “Huh! Mana ada. korang la yang sehati sejiwanya. Kami ni, bergaduh je 24 jam!”

“Ala.. Bergaduh manja tu,’’ Citra senyum melihatkan Zarm dan Hana yang mula macam cacing kepanasan..

Zarm tersengih sendiri. Hana pula sudah menutup muka sendiri kerana malu.

“Zarm, Hana, terima kasih ya! Sebab korang, kami ditemukan semula!” ujar Harry ceria sambil memeluk pinggang ramping Citra. Jelas terserlah kebahagiaan di wajahnya.

“No problem!” Balas Zarm dan Hana serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience