BAB 7

Romance Completed 6309

“Assalamualaikum.” Salam diberikan kepada si isteri yang berdiri di hadapan meja solek. Perlahan-lahan pintu ditutup. Hadri memandang isterinya yang turut memandang dari biasan cermin.

“Waalaikummussalam….” Lembut dan perlahan. Malu-malu Mei Tan menjawab salam apatah lagi Hadri merenungnya.

“Subhanallah…” ucap Hadri perlahan. Kagum akan ciptaan Allah dihadapannya kini. Hadri mendekati Mei Tan dan tangan mulus itu diraih.

“Cantik isteri saya.” Puji Hadri. Mei Tan ditarik dan dibawa ke katil. Dilabuhkan punggung disebelah isterinya di birai katil. Dia hanya memerhati apabila tangannya dikucup Mei Tan.

“Terima kasih…. Abang. Terima kasih kerana sudi terima saya jadi isteri abang. Terima kasih sudi terima saya yang banyak kekurangan ini.” Huan Yue mula sebak. Terasa dirinya banyak kekurangan berbanding Hadri yang sempurna di matanya.

Hadri menggeleng.

“Abang yang banyak kekurangan. Isteri abang ini, cukup cantik nak dibandingkan dengan abang yang tak kacak ni.” Sempat Hadri berseloroh apabila terlihat akan air mata Mei Tan. Dilap air mata itu dengan jemarinya.

“Cantik itu subjektif. Bila-bila Allah akan tarik, abang kan? Tapi saya kurang ilmu agama. Tidak tahu menahu keindahan Islam yang sebenar. Ruginya….”

“Tak apa, sayang…. Masih ada masa untuk berubah. Kita sama-sama mencari keindahan Islam itu ya?” pujuk Hadri. Tubuh kecil molek si isteri dibawa ke dalam pelukan.

“Sayang isteri abang.”

“Sayang?” Mei Tan mengangkat muka.

“Ya. Kenapa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience