BAB 6

Romance Completed 6309

“Saya, ibu dan adik sedia membantu kalau benar Mei Tan mahu berubah. InsyaAllah, saya sekeluarga akan tolong apa yang kami mampu.”

“Saya….”

“Saya mahu….. Abang Hadri. Saya nak lamar…. Abang Hadri jadi suami saya.”

Hadri tergamam.

“Abang Hadri sudi mengambil saya jadi iseri abang? Abang sudi membimbing saya untuk mengenal Islam?”

Dan Mei Tan terus menaruh harapan.

“Alhamdulillah. Semuanya sudah selesai.”

Hadri melepaskan lelah di atas sofa setelah semua tetamu yang sudi hadir meninggalkan majlis akad nikah. Dia memejamkan mata seketika. Tidak dapat ditahan, bibirnya mengukir senyuman apabila teringatkan akan status baharunya. Suami.

Masih dia ingat ketika memegang tangan tok kadi betapa ketarnya tangan dia. Dan lafaz yang satu itu berjaya juga dilafazkan dari bibirnya. Kalau didengar dan disebut, memang mudah. Tapi tidak semudah itu.

Dengan lafaz ‘Aku terima nikahnya’, besar maknanya. Bukan sahaja membawa erti bersatunya satu ikatan yang halal antara lelaki dan perempuan.

Tapi ia juga bermakna kini dia menggalas segala dosa isterinya jika dibiarkan tanpa menegur, bertanggungjawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia akhirat dan juga memimpinnya sama-sama ke jalan syurga. Jika seorang suami itu gagal bermakna dia seorang suami yang dayus dan fasik, maka neraka jahanam adalah tempatnya. Allahu Rabbi!

Hadri membuka matanya dan ketika itu juga matanya menangkap kelibat Mei Tan yang baru meloloskan diri ke kamar pengantin. Hadri bangun meregangkan urat yang terasa lenguh dan kemudian turut melangkah ke kamarnya. Sempat dia mengetuk pintu beberapa kali sebelum terdengar suara dari dalam menyahut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience