BAB 1

Romance Completed 6309

“Astaghfirullah Al-azim. Astaghfirullah Al-azim. Allah…. Engkau lindungilah hatiku daripada hasutan syaitan, Ya Allah.” Bibir Hadri tidak henti beristighfar kepada Allah Maha Esa. Tangan kanan diletakkan di atas dada kiri yang berdenyut kencang. Dia cuba untuk melupakan gerangan yang menggoncang iman dan nafsunya.

Ketika dalam perjalanan pulang dari usrah di Universiti Islam Antarabangsa, dia terlihat akan kereta Volkswagen New Beetle yang tersadai di tepi jalan yang gelap dengan lampu kereta masih terbuka.

Volkswagen berwarna merah itu menarik Hadri untuk berhenti apatah lagi hari sudah larut malam. Kereta diperlahankan dan diberhentikan di hadapan kereta tersebut.

Hadri mengerling sekilas melalui cermin kereta. Gelap. Susah untuk melihat gerangan si pemandu kerana kereta bercermin gelap. Dengan langkah bismillah, Hadri turun mendekati kereta Volkswagen merah itu. Cermin kereta diketuk sambil diberi salam. Beberapa kali dia melakukan tapi masih tiada tanda ada orang di dalamnya.

Dengan tiba-tiba, pintu kereta terbuka dan serentak dengan itu seseorang terjatuh dari kereta tapi sempat ditahan Hadri. Bau busuk dan masam menerpa hidungnya sekali gus membuatkan dia hampir termuntah.

“Allahu-akbar!”

Ketika itu baru Hadri sedar gerangan yang dipegangnya itu seorang wanita. Dengan pantas tangan ditarik dan wanita itu jatuh terjelopok. Hadri terkejut melihat kornea matanya menyapa seorang wanita berpakain cukup menyakitkan mata dan keadaan wanita itu tidak terurus. Mulutnya meracau entah apa-apa dalam bahasa Mandarin.

Mabuk!

“Cik, cik tak apa-apa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience