BAB 4

Romance Completed 6309

"Maksudnya adik-adik, aurat perempuan yang sudah baligh hanya muka dan tangan sahaja yang bukan aurat. Yang lain wajib ditutup.Kalau adik-adik nak tahu lagi, azab kepada orang yang tidak menutup aurat ni sangat pedih! Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya. Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang…Allah, pedihnya tidak terkira! Nauzubillah, adik-adik. Abang harap adik-adik tidak akan tergolong di antara mereka.”

“Takutnya….”

“Eee… takutnya, Abang Hadri. Lepas ni, Emma pun nak pakai tudunglah. Emma tak nak kena seksa.”

“Wawa pun nak tutup aurat juga,”

Hadri hanya tersenyum mendengar celoteh mereka. Dalam melayan anak-anak jirannya itu, sempat matanya menangkap kelibat Mei Tan. Matanya kelihatan berkaca dan tangannya terketar-ketar. Tidak sempat Hadri menegur, Mei Tan terlebih dahulu melarikan diri.

“Abang nak kahwin dengan dia?!” tanya ibu Hadri, Puan Anita dan adiknya, Hajar serentak.

“Abang betul-betul ke atau tipu-tipu ni?” Puan Anita mencubit Hajar.

“Abang serius ibu, adik. Abang mahu kahwin dengan Mei Tan.”

“Mana boleh….” Leret Hajar.

“Ya Allah… Abang dah kenapa? Mei Tan tu kan bukan seagama dengan kita.” Puan Anita turut menyuarakan apa yang dipendamnya. Hadri diam sejenak.

“Dia…. Mei Tan Islam, ibu. Islam…”

Puan Anita tercengang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience