BAB 3

Romance Completed 6309

Hadri menganggap ini adalah godaan syaitan semata-mata. Dia tidak mahu terus hanyut dengan gelora di hati. Entah apa-apa. Kalau ya cinta masakan gadis Cina itu pilihan hatinya?

Hadri bingkas dari katil, tidak jadi untuk melelapkan mata buat seketika. Fikirnya ada baiknya dia melakukan solat sunat dahulu sebelum merehatkan badan dan bangkit semula untuk solat Subuh.

Dia tidak mahu ketinggalan solat sepertiga malam kerana Rasulullah SAW bersabda:

“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” - (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Hadri menghamparkan sejadah ke arah kiblat apabila selesai mengambil wuduk. Niat disertakan dengan takbiratul ihram.

“Allahu-akbar.”

Mei Tan yang bosan terus terperat dalam bilik mengambil keputusan untuk ke laman rumah banglo setingkat itu.

Apabila keluar dari pintu gelonsor, tidak jauh dari situ kelihatan seorang pemuda dan kanak-kanak perempuan berumur antara sembilan hingga dua belas tahun elok bersila di atas gazebo diperbuat daripada kayu. Mei Tan mendekati mereka apabila melihat tiada siapa yang perasan akan kehadirannya.

“Abang Hadri ! Betul ke perempuan kena pakai tudung? Ibu Zara cakap kalau nak masuk syurga kena pakai tudung.” Tanya budak perempuan yang bersila di hadapan pemuda bernama Hadri.

“Betul tu cakap ibu Zara. Adik-adik tahu kan, rambut itu aurat bagi perempuan dan kita wajib menutup aurat. Dalam hadis riwayat Abu Daud: Aisyah r.a menceritakan bahawa Asma’ binti Abi Bakar menemui Rasullullah s.a.w dengan pakaian nipis. Lalu Rasulullah bersabda: “Wahai Asma’! Sesungguhnya perempuan yang telah datang haid, tidak boleh dilihat kecuali ini sahaja.” Rasul mengisyaratkan kepada muka dan tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience