BAB 5

Romance Completed 6309

Hajar tergamam.

“Abang Hadri, boleh saya cakap sekejap dengan abang?” ujar Mei Tan ketika dia menemui Hadri di UIA.

“Apa yang Mei Tan nak cakapkan itu? Sampai sanggup cari saya di sini.”

“Abang tahu agama saya?”

Hadri mengerutkan dahi dengan pertanyaan tiba-tiba Mei Tan. Dia menggeleng.

“Saya…. Saya Islam, Abang Hadri.” Mei Tan tertunduk.

“Subhanallah. Bila lagi?”

“Saya peluk Islam lima bulan lepas. Saya masuk Islam bukan kerana Allah, tapi kerana saya mahu kahwin dengan bekas suami saya. Saya tak pernah kenal Islam. Lebih-lebih lagi bekas suami saya pun hidup seperti saya yang dahulu. Arak itu, dah jadi minuman harian kami dan disko itulah tempat kali pertama saya berjumpa dengan bekas suami saya. Malam tiga bulan lepas, yang Abang Hadri bawa saya pulang ke rumah ibu itu malam dimana saya kena cerai selepas dua bulan kahwin dengannya. Kami tak sehaluan, selalu bergaduh. Saya kena cerai pun disebabkan dia ada perempuan lain.”

“Allahu-akbar….” Ujar Hadri perlahan. Sungguh dia tidak sangka gadis Cina yang dijumpa dahulu dengan keadaan mabuk dan berpakaian seksi itu beragama Islam. Kesian kepada Mei Tan pun ada juga. Sudahlah memeluk Islam kerana lelaki, dicerai dan ditinggalkanpula terkontang-kanting tanpa mengenal erti Islam yang sebenar.

“Abang Hadri …..”

Hadri mengangkat muka tapi ditundukkan kembali apabila Mei Tan menikam pandangan ke arahnya.

“Saya mahu kenal Islam, abang.”

“Alhamdulillah.” Hadri menarik senyuman sebaris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience