BAB 2

Romance Completed 6309

Wanita itu mengangkat muka dan memandang Rahmutullah dengan muka bingung. Kemudian dia tersenyum sebelum menarik lengan Hadri membuatkan lelaki itu terjatuh.

“Allah!!” Hadri terperanjat.

“Ní….. Hen Shuai. (Kamu…. Handsome.)” Perempuan Cina itu ketawa. Hadri yang tidak faham menjauhkan diri. Dadanya berdenyut maha hebat.

“Ni yao qu nali? (Kemana kamu mahu pergi?)”

“Cik, saya rasa lebih baik cik pulang. Hari dah larut malam. Bahaya cik ada kat sini sorang-sorang.” Hadri tidak ambil pusing apa yang diperkata malah dia sempat memberi nasihat. Fikirnya, bahaya untuk dia terus berdua-duaan di situ tapi tak akan dia mahu meninggalkan perempuan berbangsa Cina ini pula?

“Bu you zou!! Qing bu you zou….(Jangan pergi!! Tolong jangan pergi….)” Tiba-tiba dia menangis. Tak semena-mena Hadri diterpa oleh wanita Cina itu. Tidak sempat mengelat, dirinya sudah dipeluk. Hadri beristighfar panjang.

“Wei shen me? Ni wei shen me li kai? Weis….(Kenapa? Kenapa kamu pergi? Kenaap…)” Hadri mengerutkan dahi. Badan wanita itu terasa berat dan tangisannya sudah hilang.

“Cik, cik… Cik!!”

Bunyi penggera di telefon bimbit mengejutkannya. Hadri meraup muka. Loceng yang berbunyi menandakan kini sudah berginjak ke jam 3 pagi. Dia tidak sempat tidur lagi hari ini kerana menguruskangadis Cina yang ditemuinya itu pengsan dengan tiba-tiba.

Akhirnya, Hadri mengambil keputusan untuk membawa pulang ke rumah ibu nya memandangkan dia tidak tahu tempat tinggal gadis itu.

Entah kenapa hatinya masih bedenyut kencang apabila teringatkan wajah itu. Ada sesuatu yang bertandang ke sudut hatinya. Cinta? Cintakah ini atau hanya semata-mata bisikan syaitan yang menganggu hatinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience