BAB 8

Romance Completed 6309

“Tak… Cuma pelik. Abang tak pernah nak kenal saya sebelum ini dan tak pernah berkawan rapat. Tapi malam ini, cepat betul sayang abang datang?” Hadri ketawa perlahan mendengar komen Mei Tan.

“Sebab dah jadi isteri abang, itu yang abang sayang….” Ringkas jawapan Hadri.

“Tapi….” Mei Tan tidak berpuas hati

“Kalau sayang nak tahu, segala gerak geri, suara dan lirikan milik orang depan abang ini yang mengacau bilaukan hati dan iman abang ketika malam dahulu. Hati abang ini, tak senang duduk. Mula-mula abang fikir, godaan syaitan semata-mata. Tapi, lepas lamaran sayang tu dan selepas istikharah…. Hati ini yakin, selain kerana godaan sayang ia dinamakan cinta pandang pertama dan cinta suci dari Allah. Jadi, tak ada apa yang perlu diragukan kerana bersatunya ikatan kita ini, abang akan sentiasa sayang dan cinta akan isteri abang. Insya-Allah janji abang, cinta kita ini cinta till jannah. Hingga ke syurga.”

“Allah… terima kasih Allah. Terima kasih abang.” Terharu dengan kata-kata suaminya, air mata Mei Tan mudah sahaja mengalir. Dipeluk Hadri dengan erat.

“Nur Maisarah Abdullah….”

Mei Tan mengangkat muka.

“Ya, saya.” Sahut Mei Tan dengan gelak kecil.

“Sebagai langkah permulaan cinta till jannah kita ini, mari abang ajarkan cara berwuduk dan solat. Lagipun, solat isyak abang belum tunaikan.”

Mei Tan mengganguk dalam senyuman. Langkah Hadri ke bilik air diikuti dengan hati yang mengucapkan lafaz syukur yang tak terhingga. Jika ini permulaanya, dia sudah dapat merasa bahang indah dan manisnya Islam. Sungguh dia sudah tidak sabar untuk mendalami kemanisan Islam yang suci ini. Syukur Alhamdulillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience