BAB 1

Romance Completed 23307

”Pergilah kau! Kau jangan perasan eh aku nak jatuh hati kat kau. Cermin dulu muka kau tu, kalau taka da cermin kat rumah nanti aku belikan kau cermin besar gedabak, senang sikit kau nak cek muka kau tu. Muka dahla hodoh, hitam, bertabur dengan jerawat batu pulak tu. Kau ni takde duit ke nak beli pencuci muka? Tak pun, pakai je..”

” Hello, pakcik Fahim..!” katanya dipotong pantas oleh Alia yang baru sahaja bergelar isterinya pagi tadi.

” En. Fahim ok?” dengan lagak angkuh nya Fahim membalas.

” Ok, en. Fahim. Tak payahla nak belagak-lagak dengan saya. Kalau En. tak nak kat saya, macamla saya ni nak sangat cintakan En.? Tak payah perasan la.. macam bagus sangat.” Alia pun boleh nak berlagak dengan suaminya itu.

” Ok, that”s not a matter. Kita kahwin pun sebab ayah kita kan? So, pape hal awak jangan cari saya. dan untuk pengetahuan awak, saya dah ada kekasih sebelum ni. Kahwin dengan awak bukanla tiket untuk saya putuskan hubungan dengan dia, ada faham?” jawab Fahim sambil merenung-renung mukanya di cermin.

Tak payah terangkan pun takpe! Bukan aku tak biasa tengok kau bermanja-manja dengan perempuan gedik tu, dalam ofis pun berani buat, kat luar aku tak tau la macammana..? Alia menyumpah dalam hati. Suaminya anak bos tempat dia berkerja. Demi mengikut kata ayah mereka yang berkawan baik tu, mereka pun berkahwin.

” Nah, kau tolong tidur bawah, ok?” Fahim melempar selimut tebal dan sebiji bantal ke atas lantai.

” Saya perempuan, awak patut bagi saya tidur atas katil.” Alia meminta simpati.

” Takde beza laki ke perempuan. Isteri kena ikut kata suami.” Angkuhnya orang tua ni! Mentang-mentang muka lawa sikit nak pandang rendah pada aku. Dia ingat aku takde perasaan ke? Takpe-takpe. sabar. aku dah jadi isteri dia, nak tak nak aku kena ikut cakap dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience