BAB 4

Romance Completed 23307

Sudah sebulan mereka berkahwin, pagi tu..

” Awak, esok mak saya nak datang.” Fahim menegur Alia yang sibuk menegemas ruang tamu.

Dah takde dah “aku, kau” dengan aku. Emm sedap sikit telinga aku ni mendengar.

” Jadi, kenapa?”

” Kita kena la berlakon yang kita ni bahagia. Awak tau? Tetiap pagi, masak untuk saya.”

” Siapa kata saya tak masak untuk awak? Saya masak, malam tengok dah berkulat awak tak makan.”

” Emm, no komen. Pastu, mak saya mari, awak ambik cuti, tak payah kerja.”

” Kenapa?”

” Awak nak tinggalkan mak saya sorang2? Temankanlah dia. Menantu jenis apa awak ni?”

” Yela-yela.. tak payah persoalkan siapa saya. Awak pun macam bagus sangat.”

” Awak..”

” Berapa lama mak datang?” Aduh, terlepas cakap pulak. Malas nak gaduh dengan Fahim. Buat habis air liur je, pastu dapat dosa free, sakitkan hati suami.

” Katanya seminggu,”

” Seminggu?? What?”

” Yes, so we must acting like a loving marriage couple.. Ye, Alia? Salam & cium tangan.”

” Kenapa?” hee, tak ingin aku nak cium-cium tangan kau pulak?

” Loving couple. Practise sekarang.”

” Esok jela.”

” Sekarang. Esok tak kekok sangat.” Alia tunduk mencium tangan Fahim.

” Sebut, hati-hati ya, bang.”

” Hati2, ya.. bang.. gelila.”

” Geli ke tak, kena buat, ok? Sayang pun hati-hati ya.” Terpaku Alia dengan ciuman Fahim di dahinya.

” Practise make perfect. Ingat, saya ni abang, jangan panggil awak lagi. Jom pergi ofis dengan saya. Apa awak masak pagi ni?” baru nak tanya??

Berubah sebab mak datang? Watpe? Takde maknanye.

” Camne Alia? Bahagia dengan anak mak?”

” Ye mak. En .. Abang Fahim baik sangat, mak.” Fahim merenung Alia sebulat matanya sebab sesipi je nak terkantoi tadi.

” Alia ni pun rajin, mak. Tiap-tiap hari dia masakkan untuk Fahim.” Puji yang sengaja direka-reka untuk menyedapkan hati maknya. Aku masak pun bukan kau nak makan. Bagi gemuk kulat roti je makankan untuk kau.

” Okay la, mak. Fahim pergi dulu. Alia cuti temankan mak. Alia, abang pergi dulu, ya.” Fahim mengelipkan matanya pada Alia, isyarat loving couple.

” Hati-hati, ya bang.” Alia mengucup tangan suaminya yang dianggap bos di rumah dan ofis tu. Fahim sempat melihat maknya tersenyum melihat dia mencium dahi Alia. Mesti mak percaya, kami lah pasangan paling bahagia!

” Sayang pun hati-hati, ya.” Amboi, mesranya muka. Kejap je ni, mak. Kalaula Alia ada kekuatan untuk memberitahu yang dia tak bahagia sebenarnya, tapi lidahnya kelu kerana terkenangkan ayahnya. Alia mendapat pelbagai tips daripada mak mentuanya.

” Lelaki ni, kita kena ikat perut dia dengan masakan kita, baru dia tak lari,” Tak sempat ikat pun mak, tali pun takde.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience