BAB 10

Romance Completed 23307

Tak la, aku tak pun mengharap dia sentuh aku. Tapi aku tak kisah kalau dia nakkan tubuh aku pun, aku kena juga jalankan tugas aku dari segi tu. Hish, pelik juga aku ni? Takkan aku dah jatuh hati dengan dia?

” Abang, tolong angkatkan telefon!” Kata Alia semasa dia sedang mandi pagi sabtu tu. Apa la, orang mintak tolong sikit pun berkira! Telefon yang berbunyi tu langsung tak berangkat. Dia tau Fahim ada kat luar tu. Tapi kalau dah pemalas camtu la jadinya. Malas sombong!

Alia terpaksa keluar dengan towel saja. Dia mengangkat telefon, dia melihat Fahim duduk membaca paper. Fahim macam terkejut, tapi dia kan berlagak sombong, jadi berlakon buat tak nampak jela.

Habis bercakap, Fahim bertanya siapakah yang menelefon.

” Kawan.”

” Boy ke girl?”

” Kenapa sibok? Busy body je.”

” Saja nak tau, tak leh?”

” Tak payah. Ahh..” Alia terjerit kuat.

” Ler kenapa pulak?”

” Aduh, sakitnya.”

” Kenapa Lia?” Fahim bangun dan melipat papernya, lalu menuju ke arah Alia.

” Jangan datang, ya Allah sakitnya..!” Alia tergelincir atas lantai, dia tak nak Fahim menyentuh dan melihat badannya kalau Fahim mengangkat dia nanti.

” La, dah jatuh pun masih nak berlagak?”

” Tak payah,” Alia menepis tangan Fahim yang hendak mendukungnya itu. Fahim tetap mendukung Alia dengan tangannya, angkat-angkat saja towelnya terselak lalu menampakkan bahagian dada hingga ke bawah badannya. Fahim terkejut lalu terus melepaskan Alia tanpa sengaja.

” Aduh! Abang nak bunuh saya ke?!” Alia mengaduh sakit tanpa melihat yang dia sudah tak bertowel langsung dah.

” Ahh..! jangan tengok!” Fahim menelan air liurnya. Sexy jugak rupanya bini aku ni. Body montok. Alia menolak muka Fahim agar memandang ke arah lain. Fahim terpaku dengan kecantikan tubuh Alia sebenarnya.

” Tuala, jauhnya. Arghh..” Fahim sedar dari lamunan lantas mengambilkan Alia tualanya. Merah padam muka Alia. Dahla sakit, kena menanggung malu pulak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience