BAB 13

Romance Completed 23307

” Sofea, kita putus ok?”

” Kenapa?”

” I dah tak cintakan you. You pun cintakan harta I je kan? Lagipun I kena setia pada isteri I. I balik dulu.”

” Honey, bila masa..” Fahim tidak mendengar dan dia terus meninggalkan Sofea terpinga-pinga keseorangan.

Di rumah.

” Alia kena putuskan hubungan dengan Joe.”

” Kenapa pulak? Ikut suka hati saya la saya nak kawan dengan siapa pun. Abang mana ada hak melarang?”

” Isteri kena ikut cakap suami.”

” Bukannya salah pun nak berkawan, bang?”

” Abang dah putus dengan Sofea, jadi Lia pun kena putus gak dengan dia..! jangan degil la, Lia.”

” Kenapa putus pulak? Abang kan sayang sangat dengan dia?”

” Abang dah tak sayangkan dia, abang.. kenapa ni, Lia?”

” Sakit perut, bang. Tolong..” Alia kelihatan pucat. Secepat mungkin Fahim membawa Alia ke hospital. Lama di dalam ICU.

” Maaf, En Fahim. Puan Alia takde harapan hidup lama. Kansernya dah berada di tahap serius sakarang.”

” Doktor, tolong selamatkan dia. Saya sanggup bayar berapa pun, doctor..!”

” Maaf, kami dah cuba. Mungkin malam ni malam last untuk dia.” TIDAK!! Fahim menjerit di dalam hati.

” Lia, maafkan abang. Abang sayangkan Lia. Lia jangan tinggalkan abang ya..?” Fahim merayu pada Alia. Alia cuba tersenyum walaupun kesakitan begitu terasa. Fahim menggenggam erat tangan Alia dan dikucupnya bertalu-talu.

” Lia kena pergi kalau Allah panggil. Joe.. dia perempuan, tomboy sebenarnya. Lia harap abang dapat halalkan semua makan minum, maafkan kesalahan Lia pada abang dari rambut hingga ke hujung kaki. Maafkan Lia juga kerana tak dapat bahagiakan abang.” Alia mengusap lemah pipi Fahim.

” Abang cintakan Lia, abang nak hidup bahagia dengan Lia, jangan tinggalkan abang, Lia. Tengok, abang dah belikan cincin sebagai tanda cinta abang pada Lia.”

Alia tersenyum melihat Fahim mengeluarkan sebentuk cincin silver dari poketnya. Fahim menyarungkan cincin itu pada jari manis Lia lalu dikucup dahi dan pipi Alia berkali-kali. kelihatan airmatanya menitis dari tubir matanya. Alia mengesat airmata Fahim.

” Redhakan pemergian Lia ke sana, bang.” Alia mengucap kalimah syahadah dengan tenang di sisi suaminya. Fahim menangis sambil memanggil-manggil nama Alia. Dia memeluk Alia sekuat hati dan merayu-rayu agar Alia kembali bersamanya, sehingga ayah Alia memintanya bersabar. Ayahnya pun tidak sempat melihat anaknya menghembuskan nafas terakhir.

5 Mac

” Hari perkahwinan aku dengan anak bos aku. Semua orang bahagia masa malam pertama akad nikah, aku ni je dipaksa pulak tidur atas lantai. Apa nak buat, dia cintakan kucing Parsinya kat ofis tu, bukan aku. Camni cepatla aku kena osteoprosis kalau tetiap hari tidur atas lantai..”

4 Julai

” Ciuman suami aku. Malu aku nak mengaku, dia la ciuman dan cinta pertama aku. Aku tak sedar bila aku mula cintakan dia. Tapi aku sedar yang aku cintakan dia masa dia dukung aku tadi. Dia memang lembut. Hati, aku dah jatuh cinta.. Aku harap dia pun akan cintakan aku satu hari nanti, aku takkan lupa berdoa moga antara aku dan dia ada ikatan yang kuat.”

10 Julai

” Tak sangka lakonan aku dan Joe menjadi dan yang penting dia cemburu! Hehehe.. aku tak tau apa maksud nya dia buat camtu, tapi aku rasa bahagia sangat tengok dia cemburu. Sekurang-kurangnya dia ada rasa aku ni milik dia. Aku cintakan kau, En. Fahim..”

14 Julai

” Doktor bagi amaran kat aku, aku kena berhati-hati. tapi aku malasla nak makan ubat. Aku yakin aku takkan ada pape. Tapi aku kena ready ke atas segala kemungkinan”

Fahim menyesali segala perbuatannya dulu. Kenapa masa begitu mencemburui dia dan Alia? Kenapa aku ego sangat untuk mengakui yang aku sayangkan dia? Kalau hubungan aku kuat dengan dia, dia mesti akan dengar cakap aku supaya makan ubat. Salah aku jugak. Aku ingat sakit dia tak serius. Rupanya kanser usus!

Betapa berdosanya aku saat ini kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik terhadap isteriku. Aku ingin menjerit sekuat-kuatnya meminta pada Allah agar kembalikan isteriku, keasih hatiku. Andai dapat ku putarkan masa, aku mahu menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik-baiknya pada Alia. Kini semua sudah tidak beerti lagi, terlambat untukku. Bila kekasih hati sudah pergi dijemput Illahi, segala rasa cinta dan kerinduan ini menjadi lebih mengganas apatah lagi ia diselubung dengan rasa penyesalan yang maha dashyat.

‘’Ampunkan abang sayang…’’ berderaianlah airmata jantannya membasahi bumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience