BAB 8

Romance Completed 23307

Alia terbangun esok pagi, terasa ada tangan melingkar di pinggangnya. Bukak-bukak mata, hidung Fahim betul-betul di depan matanya.

” Ahh..!”

” Ha, kenapa?” Fahim terkejut lalu terbangun. Dia terus melepaskan pinggang Alia dan bangun dari katil.

” Kenapa sentuh saya? Kata tak nak sentuh semalam?”

” Ala, janganla naïf sangat. Kita kan suami isteri? Lagipun bukan sentuh dara pun, takat terpeluk je. Bukan sesaja. Ter..” Alia menutup badannya dengan selimut.

” Ala, dahla jangan perasan. Kalau saya nak sentuh..”

” Abang.”

” Em ye, abang. Kalau abang nak sentuh Lia pun, dah lama abang buat. Bukan malam tadi je ada peluang, banyak peluang yang ada. Dah, ambik wudhu” cepat, solat dengan abang.”

Katak penipu! Tapi dia nampak comel la pagi-pagi masa bangun tidur. Hehehe.. Alia membisik sendiri.

” Cepatla jangan lambat-lambat. Nak bergerak pun macam siput babi.” Fahim bersuara kuat membuatkan Alia tersentak.

” Apa siput2?” Menyesal aku puji tadi, cakap ikut sedap mulut je. Aku cepuk sekali kang baru tau!

” Kenapa abang tak masuk je dulu? Nak marah-marah orang. Dia buat lambat-lambat takpe.?”

” Isteri kena ikut kata suami. Just do without argue.” Yela2. asyik nak memerintah orang je yang dia tau.

” loving couple,” Fahim menghulurkan tangannya selepas selesai solat. Mengada2.

” Depan mak cukupla.”

” Practise make perfect.”

” Dah cukup perfect dahla, bang.”

” Isteri ikut cakap suami.” Hish. Kat ofis cukupla gatalnya, ni kat rumah pun nak suruh-suruh aku cium dia jugak. Nanti kat ofis, dia cium kucing Parsi dia tu pulak. Alia menurut tanpa bicara lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience